Monday, 18 December 2017

2018 MAID TO COST RM1,635

Starting from 1st January 2018 employer can personally apply permit for their foreign maid online based on The Prime Minister announcement during 2018 Budget hearing.

Based on articles from Utusan Malaysia and The Star dated 15/12/2017 (please scroll below for The Star Article), employer can personally apply permit online only for maid from India, Cambodia, Laos, Sri Lanka, Thailand and Vietnam.

But not for maid from Indonesia and Philippines.

For maid from Indonesia and Philippines, employer still have to go through registered maid agencies and the Labor Department of the two countries.

However this information is still incomplete because Malaysian Immigration still have not reveal the exact new procedures on how to apply for foreign maid online. Employer need to wait after 1st of January 2018 to get the real picture.

I provide service for getting a valid and legal work permit for maid that entered Malaysia using a tourist visa. I also supply Muslim and Non-Muslim maid from Indonesia. If you are interested please call/sms or Whatsapp me at this number 019-3844300.

If you want to get a valid work permit for your 2nd/3rd maid, maid with expired visa and under/over age maid, you can contact me at 019-3844300 or by whatsapp. 

News Source: The Star 15 December 2017

PUTRAJAYA: Employers can save more than 90% of the cost by recruiting foreign maids online from Jan 1, 2018, said Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

The Deputy Prime Minister said usually, employers had to pay up to RM18,000, but now, they only have to pay RM1,635 to the Government through the Malaysian Immigration Department.

Dr Ahmad Zahid, who is also Home Minister, said the amount was the cost of hiring a maid and did not include costs of flight and passport.

“The Government has taken  measures including reducing the collateral to RM500 from RM1,000, and processing free to RM250 from RM500.

“This means the Government takes proactive measures to reduce the cost of hiring a foreign maid via direct online hiring,” he said after chairing a Cabinet committee meeting on foreign workers and illegals here Friday (Dec 15). 

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, when tabling Budget 2018, announced that the Government was giving employers a choice to recruit foreign maids directly from nine source countries without going through agents.

At the meeting, Dr Ahmad Zahid described a detailed method involving the hiring of foreign maids only from Indonesia and the Philippines following constraints and legislation of the two countries.

"As such, employers are not allowed to take foreign maids directly but need to go through companies registered with the Ministry of Manpower or Labour in the country concerned.

"We have to comply with the laws of Indonesia and the Philippines and hope employers will apply through the companies and obtain the names of potential maids for online submissions," he said.

However, he said employers could take direct foreign maids from seven other source countries.

Dr Ahmad Zahid said the meeting also decided that foreign maids would have to undergo additional health screenings beginning Jan 1.

He said the health screenings would be carried out before the foreign maids left the country of origin, a month after arrival in Malaysia, at the end of the first and second year, and every two years as long as she was employed in Malaysia.

"This additional health screening is necessary to ensure that reports made in the home country are the same here to prevent fraud.

"Additional health screening fees are RM190 for women and RM180 for men," he said.

He said the number of legal foreign workers in the country had decreased to 1.785 million as of Nov 30 compared with 2.135 million in 2015 - Bernama 

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

2018 KOS PEMBANTU RUMAH RM1,635

Bermula pada 1 Januari 2018 majikan boleh memohon sendiri permit pembantu rumah secara atas talian (online) berdasarkan pengumuman Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2018.

Menurut artikel dari Utusan Malaysia dan The Star yang bertarikh 15/12/2017 (sila lihat di bawah untuk artikel Utusan Malaysia) majikan boleh mengambil pembantu rumah dan memohon sendiri secara online hanya untuk pembantu rumah yang berasal daripada negara India, Kemboja, Laos, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. 

Tetapi tidak untuk pembantu rumah yang berasal dari negara Indonesia dan Filipina.

Untuk pembantu rumah yang berasal dari Indonesia dan Filipina majikan perlu melalui agensi pembantu rumah yang berdaftar dengan pihak Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Indonesia ataupun Filipina.

Walau bagaimanapun maklumat yang ada masih belum lengkap kerana pihak Imigresen Malaysia masih belum memaklumkan prosedur sebenar pengambilan pembantu rumah warga asing yang baru. Jadi majikan perlu bersabar dan tunggu hingga selepas 1 Januari 2018.

Tetapi sekiranya pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina ini masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong atau pas lawatan sosial, majikan juga boleh mendapatkan permit melalui ejen.

Saya ada menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan permit kerja melalui JP Visa untuk pembantu rumah yang masuk menggunakan visa pelancong. Selain daripada itu saya juga ada membekal pembantu rumah Indonesia untuk majikan Muslim dan bukan Muslim. Sekiranya berminat boleh hubungi saya secara telefon & sms atau Whatsapp di nombor telefon 019-3844300.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Sumber Berita: Utusan Malaysia 15 Disember 2017

PUTRAJAYA 15 Dis. - Mekanisme pengambilan pembantu rumah warga asing secara dalam talian yang akan mula dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan bakal memberi penjimatan kos sehingga 90 peratus kepada majikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mekanisme berkenaan mem­­bolehkan bakal majikan iaitu ketua isi rumah untuk mengambil secara terus pembantu rumah asing dari negara-negara sumber tanpa memerlukan penglibatan ejen.

Menurut beliau, jika se­belum ini majikan per­lu membayar sehingga RM18,000, tetapi kini mereka hanya membayar RM1,635 kepada kerajaan melalui Jabatan Imigresen.

“Jumlah itu adalah kos bagi pengambilan pembantu rumah dan tidak termasuk kos penerbangan dan pasport. Kerajaan mengambil langkah pengurangan termasuk mengurangkan kadar wang cagaran daripada RM1,000 kepada RM500 dan wang proses daripada RM500 kepada RM250.

“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif agar sebarang pembayaran pengambilan terus pembantu rumah asing dapat di­­kurangkan,” katanya selepas mem­­pengerusikan Mesyuarat Ja­watankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mekanisme pengambilan pembantu rumah asing secara terus dari negara-negara sumber bagaimanapun tidak terpakai kepada Indonesia dan Filipina yang perlu melalui syarikat-syarikat berdaftar dengan kementerian berkaitan di negara berkenaan.

“Kita mematuhi peraturan perundangan negara itu yang mana kita harap ketua keluarga yang memohon sebagai majikan akan memohon melalui syarikat di negara berkenaan atau boleh mendapatkan nama-nama atau bakal pembantu rumah un­tuk dikemukakan permohonannya secara dalam talian,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita mengenai sa­ringan kesihatan tam­bahan yang perlu dijalani pekerja asing mulai 1 Januari tahun hadapan, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut bertujuan memberi pengesahan terhadap pe­meriksaan kesihatan yang telah dijalankan di negara sumber dan memantau berterusan tahap kesihatan pekerja asing.

“Saringan kesihatan ini akan dilaksanakan sebelum pekerja asing berlepas dari negara asal, sebulan selepas ketibaan di Malaysia, pada akhir tahun pertama, pada akhir tahun kedua dan selang setiap dua tahun selagi pekerja asing tersebut digajikan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu beliau memberi­tahu, dalam tempoh dari 1 Januari sehingga 5 Disember lalu, sebanyak 15,005 operasi penguatkuasaan telah dijalankan Jabatan Imigresen dan dalam tempoh sama seramai 202,115 PATI telah me­nyerah diri dan pulang ke negara asal secara sukarela.

Jelasnya, bilangan pekerja asin­g yang sah di negara ini telah berkurangan kepada 1.785 juta orang setakat 30 November lalu berbanding seramai 2.135 juta orang pada 2015.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Wednesday, 1 November 2017

SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk mendapatkan permit yang sah untuk pembantu rumah.

1. Jumlah pendapatan minima yang perlu dipenuhi oleh majikan adalah seperti jadual dibawah. Jumlah pendapatan minima ini merujuk kepada jumlah pendapatan suami + jumlah pendapatan isteri.

BILNEGARA SUMBERJUMLAH PENDAPATAN MAJIKANBAYARAN SITA (PERSONAL BOND)
1
Indonesia
RM 3,000.00RM 250.00
2
Filipina
RM 5,000.00RM 750.00
3
Sri Lanka
RM 5,000.00RM 750.00
4
Thailand
RM 3,000.00RM 250.00
5
Kemboja
RM 3,000.00RM 250.00
6
India
RM 5,000.00RM 750.00
7
Laos
RM 3,000.00RM 1,500.00
8
Vietnam
RM 3,000.00RM 1,500.00

2. Bagi permohonan menjaga anak:-

i. Majikan perlu mempunyai anak yang berumur di bawah 15 tahun.

ii. Suami dan isteri mestilah bekerja. Sekiranya seorang sahaja bekerja maka tidak layak memohon pembantu rumah.

3. Bagi permohonan menjaga ibu/bapa yang tua, majikan perlu sertakan kad pengenalan ibu/bapa dan juga sijil lahir majikan.

4. Bagi permohonan menjaga ibu/bapa yang sakit, majikan perlu sertakan kad pengenalan ibu/bapa, sijil lahir majikan dan juga surat doktor yang menyatakan ibu/bapa majikan sakit dan perlukan bantuan seorang pembantu rumah.

5. Bagi permohonan menjaga anak yang sakit, majikan perlu sertakan surat doktor yang menyatakan anak sakit dan perlukan bantuan seorang pembantu rumah.

6. Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam senarai syak atau senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

7. Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:-

i.  Mempunyai alasan yang kukuh (perlu sertakan bukti, contoh gambar rumah yang besar)

ii. Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual di bawah.

BIL PERMOHONAN PENDAPATAN SEBULAN
1 Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua Melebihi RM10,000.00
2 Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga Melebihi RM15,000.00
3 Pembantu Rumah Asing (PRA) Keempat dan selebihnya Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP PEMBANTU RUMAH ASING

Berikut adalah tanggung seorang majikan ke atas Pembantu Rumah Asing yang berdaftar dibawah nama majikan tersebut:-

1. Majikan hendaklah memastikan Pembantu Rumah Asing ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja. Kerja selain daripada kerja-kerja rumah seperti membasuh kereta, menjaga kedai dan memandikan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing bukanlah dalam skop kerja Pembantu Rumah Asing.

2. Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik atau tempat tinggal yang sesuai kepada Pembantu Rumah Asing lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat dan masa rehat yang secukupnya termasuk waktu tidur.

3. Majikan bukan beragama Islam yang menggaji Pembantu Rumah Asing yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama Pembantu Rumah Asing tersebut dengan:-

i. Membenarkan Pembantu Rumah Asing melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu sehari semalam.

ii. Membenarkan Pembantu Rumah Asing berpuasa di bulan Ramadhan.

iii. Tidak menyuruh Pembantu Rumah Asing melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam seperti menghidangkan arak, mengendali makanan yang haram di sisi Islam seperti daging babi/khinzir, biawak dan katak, memandikan anjing/khinzir.

iv. Tidak meminta Pembantu Rumah Asing mengenakan pakaian yang tidak sesuai dan menjolok mata seperti memakai seluar pendek yang singkat atau singlet.

4. Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi Pembantu Rumah Asing semasa memegang PL(KS):-

i. Pembantu Rumah Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).

ii. Pembantu Rumah Asing tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).

5. Memastikan Pembantu Rumah Asing tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan tidak boleh menyuruh Pembantu Rumah Asing bekerja selain daripada rumah majikan seperti rumah adik beradik dan ibu bapa majikan.

6. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).

7. Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:

i. Menyimpan rekod pembayaran gaji Pembantu Rumah Asing dan menunjukkan kepada pihak Jabatan Imigresen apabila diminta.

ii. Gaji Pembantu Rumah Asing hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.

8. Rawatan perubatan Pembantu Rumah Asing semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.

9. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pembantu Rumah Asing:-

i. Meninggal dunia, majikan perlu tanggung kos penghantaran mayat pulang sekiranya majikan tidak mengambil insurans ke atas Pembantu Rumah Asing.

ii. Hilang, majikan perlu buat laporan polis dan kemudian melaporkan kepada pihak imigresen.

iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja, majikan perlu buat laporan polis dan kemudian melaporkan kepada pihak imigresen.

10. Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau melakukan apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada Pembantu Rumah Asing atas apa sebab sekalipun.

11. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen bagi Pembantu Rumah Asing yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.

12. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.

13. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan Pembantu Rumah Asing yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.

14. Majikan yang ingin membawa Pembantu Rumah Asing bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan/kedutaan/konsult negara asal Pembantu Rumah Asing berkenaan di Malaysia.

15. Majikan yang telah diberi kelulusan Pembantu Rumah Asing tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenarai hitamkan daripada mendapat kemudahan Pembantu Rumah Asing.

PL(KS) - pas lawatan kerja sementara

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Tuesday, 3 October 2017

NEGARA SUMBER UNTUK AMBIL PEMBANTU RUMAH

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, majikan boleh mengambil pembantu rumah daripada mana-mana negara yang disenaraikan di bawah:-

1. Indonesia
2. Thailand

3. Kemboja
4. Filipina

5. Sri Lanka
6. India
7. Vietnam
8. Laos

9. Nepal (bermula pada 1 Januari 2018)

Jantina : Perempuan sahaja.

Umur    : Tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan. 

* Sekiranya majikan ingin mengambil pembantu rumah dari negara selain yang disenaraikan di atas, majikan perlu mendapatkan kelulusan khas.

* Sekiranya majikan ingin mengambil pembantu rumah lelaki, juga perlukan kelulusan khas. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Sunday, 1 October 2017

PUNCA GAGAL DAPATKAN PERMIT YANG SAH

Berikut adalah beberapa sebab mengapa majikan gagal mendapatkan permit untuk pembantu rumah.

1. Pembantu rumah gagal dalam pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Contohnya pembantu rumah mengidap penyakit Hepatitis B atau ada kesan tompok-tompok hitam di paru-paru dalam filem x-ray, disyaki penyakit Tuberculosis (TB).

2. Pembantu rumah disenarai hitam oleh pihak Imigresen kerana pembantu tersebut pernah tinggal lebih masa di Malaysia atau masuk ke Malaysia secara haram. Kemudian pembantu tersebut balik ke Indonesia dengan cara membayar kompaun di Imigresen. Nama pembantu tersebut akan di senarai hitam selama 5 tahun. Walaupun pembantu menukar kepada pasport baru pihak Imigresen masih dapat kesan melalui cap jari yang di ambil semasa proses bayar kompaun.

3. Pembantu rumah pernah bekerja dengan majikan di Malaysia dan mempunyai permit yang sah. Tetapi pembantu rumah balik ke negara Asal tanpa majikan batalkan permit di Imigresen (tidak buat Memo Periksa Keluar atau 'Check Out Memo'). Ini biasanya terjadi apabila pembantu rumah pulang ke negara asal untuk bercuti tetapi kemudian tidak kembali semula ke Malaysia untuk bekerja dengan majikan. Rekod pembantu tersebut masih di bawah nama majikan terdahulu. Dan sekiranya majikan terdahulu ingin mendapatkan khidmat pembantu rumah yang baru mereka akan batalkan permit dan bayar kompaun. Ini akan menyebabkan nama pembantu rumah tersebut di senarai hitam oleh pihak Imigresen.

4. Terdapat pelekat permit atau cop masuk atau cop keluar Imigresen palsu di pasport pembantu rumah. Permit atau cop dikira palsu apabila permit atau cop tersebut tiada dalam rekod komputer Jabatan Imigresen Malaysia.

5. Majikan disenarai hitam oleh pihak Imigresen atas pelbagai sebab seperti majikan pernah didapati mendera pembantu rumah, majikan tidak membayar gaji pembantu rumah dah lain-lain sebab.

6. Majikan tidak memenuhi syarat kelayakan memohon pembantu rumah. Seperti majikan muflis, gaji majikan tidak mencukup dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Monday, 11 September 2017

KONTRAK TAMAT - HANTAR PEMBANTU RUMAH PULANG KE NEGARA ASAL

Kebanyakkan pembantu rumah yang datang bekerja di Malaysia adalah terikat dengan kontrak kerja selama 2 tahun. Mereka telah bersetuju untuk bekerja paling minima selama 2 tahun dengan majikan. Kebanyakkan pembantu rumah ini akan pulang ke negara asal selepas tamat tempoh kontrak. Selebihnya ada yang menyambung kerja dengan majikan, ada yang tidak mahu pulang dan menjadi pendatang tanpa izin, ada yang ingin bekerja dengan majikan lain yang menawarkan gaji yang lebih menarik dan ada juga yang berkahwin dengan warga tempatan.

Apa yang majikan perlu buat sekiranya pembantu rumah ingin pulang selepas tamat tempoh kontrak? Perkara ini perlu dilakukan paling lambat 1 minggu sebelum permit tamat dan paling baik 1-3 bulan sebelum permit tamat.

1. Beli tiket kapal terbang atau feri untuk pembantu rumah. Untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah majikan perlu beli lebih awal dari tarikh pembantu ingin balik ke negara asal.

2. Bawa pasport asal dan juga tiket asal kapal terbang atau feri, ke Jabatan Imigresen yang berhampiran.

3. Bawa juga salinan muka depan pasport pembantu rumah, salinan permit, salinan tiket dan salinan kad pengenalan majikan.

4. Pergi ke Jabatan Imigresen dan minta pihak Imigresen batalkan permit pembantu rumah dan keluarkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk pembantu rumah di bawah nama majikan.

5. Pihak Imigresen akan mengeluarkan 3 helai surat Memo Periksa Keluar (Check Out Memo). Satu untuk simpanan majikan dan dua lagi perlu diberikan kepada pembantu rumah semasa di lapangan terbang atau pelabuhan untuk diserahkan kepada kaunter Imigresen.

Selain daripada itu pihak Imigresen juga akan cop 'C.O.M Applied For' di sticker permit terkini seperti contoh di bawah.

6. Majikan perlu pastikan pembantu rumah betul-betul pulang ke negara asal dengan menghantar pembantu tersebut ke pintu keluar yang dipohon (lapangan terbang atau pelabuhan) pada tarikh yang dipohon. Pastikan pembantu rumah melepasi kaunter imigresen. Kerana ada pembantu rumah yang akan buat u-turn dan tidak melalui kaunter imigresen sebaliknya keluar dari lapangan terbang atau pelabuhan sekiranya majikan hanya hantar sampai ke pintu utama lapangan terbang atau pelabuhan.

Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pembantu rumah tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pembantu rumah berkenaan.

Sekiranya majikan ingin memohon pembantu rumah baru, majikan perlu membatalkan permit pembantu rumah lama dan membayar denda kepada pihak imigresen.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

APA PERLU BUAT APABILA KONTRAK HAMPIR TAMAT

Hampir semua majikan berharap yang pembantu rumah mereka akan bekerja lebih daripada tempoh kontrak 2 tahun. Ini adalah kerana kos mendapatkan khidmat pembantu rumah yang baru adalah tinggi dan pembantu yang baru ini perlu dilatih semula.

Jadi sebaik-baiknya 3-6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak (2 tahun), majikan hendaklah bertanya kepada pembantu rumah adakah dia ingin terus bekerja selepas tempoh 2 tahun ataupun dia ingin pulang ke negara asal. Sekiranya pembantu ingin terus bekerja kebiasaanya mereka ingin bercuti dahulu selama 1-2 bulan kerana telah 2 tahun mereka tidak berjumpa anak-anak dan suami.

Ramai pembantu rumah ingin terus bekerja dengan majikan kerana mereka telah selesa dengan majikan tetapi terdapat beberapa faktor yang menghalang mereka daripada berbuat demikan.

1. TIADA KENAIKAN GAJI

Majikan tidak menawarkan sebarang kenaikan gaji. Adalah normal bagi majikan tidak menawarkan kenaikan gaji kerana mereka beranggapan bahawa gaji yang diberikan selama ini sudah memadai dan mereka tidak ingin menaikkan kos bulanan. 

2. KENAIKKAN GAJI TERLALU RENDAH

Majikan menawarkan kenaikkan gaji tetapi ianya terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar gaji semasa pembantu rumah. 

Sebagai contoh, semasa majikan ambil pembantu rumah (2 tahun yang lalu) gaji yang ditetapkan adalah RM650 sebulan. Tetapi selepas 2 tahun gaji minima semasa pembantu rumah adalah sekitar RM900-RM1000. Dan majikan hanya menawarkan kenaikkan gaji sebanyak RM100 menjadikan gaji pembantu rumah tersebut RM750. Gaji ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar gaji semasa pembantu rumah. Jadi ianya adalah satu tawaran yang kurang menarik bagi pembantu rumah tersebut.

Majikan perlu ingat yang sekiranya pembantu rumah pulang ke negara asal dan tidak mahu bekerja lagi, majikan terpaksa mencari pembantu rumah yang baru. Kos mendapatkan pembantu rumah yang baru adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos menaikkan gaji pembantu rumah. Contoh:

Kos pembantu rumah yang baru (kontrak 2 tahun) = RM12,000
Purata kos sebulan (kontrak 2 tahun) = RM500

Jadi sekiranya majikan menaikkan gaji sebanyak RM100-300 sebulan ianya masih sangat murah jika dibandingkan dengan kos mendapatkan pembantu rumah yang baru. Majikan juga boleh menawarkan kenaikkan gaji setiap tahun contohnya kenaikkan RM100-200 setiap tahun. 

Selain itu biasanya gaji pembantu rumah yang baru adalah lebih tinggi daripada pembantu rumah lama. Contoh, pada tahun 2014-2016 gaji pembantu adalah sekitar RM700-800 tetapi pada tahun 2017-2019 gaji adalah sekitar RM900-RM1000.

Jadi sekiranya majikan ingin pembantu rumah menyambung kontrak bekerja, majikan hendaklah menawarkan kenaikkan gaji kepada pembantu rumah tersebut. Jangan tunggu pembantu rumah minta kenaikkan kerena sesetengah daripada mereka segan dan tidak mahu untuk menyatakan perkara ini.

3. DESAKAN KELUARGA/SUAMI

Ada pembantu rumah yang tidak mahu sambung kerja dengan majikan disebabkan oleh desakan suami supaya pulang kerana telah 2 tahun tidak pernah pulang berjumpa keluarga. Walaupun mereka ini sebenarnya ingin terus bekerja untuk menyara keluarga di kampung. 

Sekiranya majikan ingin pembantu rumah ini kembali bekerja, mereka hendaklah memberi cuti kepada pembantu selama 1-2 bulan untuk mereka bertemu keluarga.

Majikan juga perlu sambung permit pembantu rumah sebelum mereka bercuti. Walau bagaimanapun terdapat sedikit risiko sekiranya pembantu tidak datang kembali ke Malaysia. Untuk mengurangkan risiko perkara ini terjadi antara perkara yang boleh majikan lakukan adalah dengan :-

a. memegang gaji pembantu rumah (1-2 bulan gaji), gaji ini akan diberi apabila pembantu datang semula bekerja (dengan persetujuan pembantu rumah).

b. memberi kefahaman kepada pembantu yang mana sekiranya beliau tidak datang kembali bekerja setelah habis bercuti majikan terpaksa membuat laporan di imigresen yang akan menyebabkan nama pembantu rumah itu di senarai hitam oleh pihak imigresen (kerana tidak membuat memo periksa keluar atau pembatalan permit) dan pembantu tidak boleh lagi datang bekerja di malaysia selama 5 tahun.

c. menawarkan kenaikan gaji kepada pembantu rumah.

d. menanggung kos penerbangan balik ke negara asal tetapi hanya kos ini hanya dibayar kepada pembantu rumah sekiranya beliau kembali datang bekerja

e. menanggung kos penerbangan datang semula ke Malaysia (jangan beli tiket awal, beli bila pembantu mahu kembali ke Malaysia).

Majikan perlu berbincang dengan pembantu rumah dan mencari jalan supaya kedua-dua pihak tidak akan mengalami kerugian dan menanggung risiko yang seimbang.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Friday, 9 June 2017

KRITERIA KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH UNTUK MOHON PERMIT

Terdapat beberapa kriteria pembantu rumah yang majikan perlu tahu sekiranya ingin membuat permit melalui JP Visa.

1.
Umur pembantu rumah asing: tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan.

2. Pembantu mesti masuk ke Malaysia melalui jalan yang sah. Maknanya pembantu perlu masuk melalui pintu masuk lapangan terbang, pelabuhan ataupun pintu masuk sempadan Singapura atau Thailand. Pembantu yang masuk ke Malaysia melalui jalan tidak sah seperti lorong tikus, bot pancung dan sebagainya adalah tidak layak untuk memohon permit.
 
3. Pasport pembantu perlu ada cop visa pelancong sama ada visa on arrival atau pelekat visa daripada kedutaan Malaysia di negara asal. Sekiranya tiada cop masuk atau pelekat visa di pasport pembantu, dia tidak layak memohon permit.

4. Pasport pembantu rumah mestilah yang asli daripada negara asal dan bukannya pasport palsu.

5. Pasport pembantu rumah mesti masih sah tempoh paling kurang satu tahun. Sekiranya pasport sudah tamat tempoh pembantu tidak layak untuk memohon permit. Sekiranya tempoh sah pasport kurang daripada satu tahun tetapi lebih daripada 5 bulan, masih boleh mohon permit tetapi tempoh sah permit yang diberikan oleh pihak imigresen akan kurang daripada satu tahun. Pihak imigresen hanya akan berikan tempoh sah permit sehingga beberapa hari sebelum tempoh sah pasport tamat. Jadi majikan akan kerugian dari segi perlu bayar levi semula apabila pembantu buat pasport baru.

6. Pembantu rumah tidak di senarai hitam oleh pihak imigresen. Perkara yang menyebabkan pembantu rumah di senarai hitam oleh imigresen adalah seperti berikut:-

a. Pembantu telah mempunyai permit dengan majikan lain dan telah melarikan diri daripada majikan tersebut.

b. Pembantu pernah datang ke Malaysia sebelum ini dan telah tinggal lebih masa. Kemudian dia telah pulang ke negara asal melalui program pemutihan atau program penghantaran pulang secara sukarela. Pembantu ini akan di senarai hitam oleh pihak imigresen selama 5 tahun.

c. Pembantu yang mempunyai rekod jenayah di Malaysia.

d. Pembantu yang diberikan kebenaran oleh majikan untuk pulang bercuti dan kemudian tidak datang ke Malaysia untuk kembali bekerja dengan majikan (permit dibawah nama majikan). Pembantu ini juga tidak layak untuk memohon kerana di dalam rekod imigresen pembantu tersebut masih bekerja degan majikan lama ataupun sekiranya majikan lama telah buat laporan polis dan imigresen serta bayar denda, pembantu tersebut di kira telah melarikan diri. 

Sekiranya pembantu telah tamat tempoh bekerja dengan majikan lama, majikan lama mesti membuat memo periksa keluar (checkout memo) untuk pembantu. Sekiranya majikan tidak buat memo periksa keluar maka pembantu tidak boleh memohon permit.

e. Pembantu yang pernah mempunyai permit kerja sebagai pekerja asing (contohnya sektor servis atau lain-lain sektor) dan majikan tidak membatalkan permit kerja di imigresen dengan membuat memo periksa keluar (checkout memo). Pembantu ini tidak layak memohon.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

Monday, 29 May 2017

PEMERIKSAAN KESIHATAN SARINGAN (PRE-FOMEMA CHECKUP)

Pre-FOMEMA Checkup

Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah buat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas pembantu rumah tersebut. Ini sangat penting kerana pembantu rumah tersebut akan menjadi sebahagian daripada keluarga anda dan amat penting untuk pastikan yang pembantu rumah tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan terutamanya penyakit yang mudah berjangkit seperti TB atau Hepatitis. 

Mungkin ejen akan mengatakan yang mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan di negara asal dan mempunyai sijil daripada klinik di negara asal, tetapi untuk lebih selamat adalah lebih baik anda mengeluarkan wang sedikit untuk memastikan pembantu rumah tersebut betul-betul sihat. Ini adalah kerana ada kemungkinan sijil tersebut adalah palsu ataupun pihak ejen hanya membayar klinik untuk mengeluarkan sijil tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pembantu rumah tersebut.

Sekiranya anda ingin mendapatkan permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen untuk pembantu rumah tersebut, pemeriksaan kesihatan ini juga amat penting kerana sekiranya pembantu rumah tersebut gagal pemeriksaan kesihatan FOMEMA, majikan perlu hantar pembantu rumah pulang ke negara asal. Dan majikan akan mengalami kerugian kerana pemeriksaan kesihatan FOMEMA ini perlu dilakukan setelah mendapat surat kelulusan daripada Jabatan Imigresen, dan biasanya majikan sudah pun mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar ejen yang menguruskan permit. Jadi untuk mengelakkan kerugian ini majikan perlu membuat pemeriksaan kesihatan saringan (Pre-FOMEMA checkup) di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA. Untuk senarai klinik boleh lihat di laman web FOMEMA. Cari klinik yang berdekatan dengan anda yang mempunyai kemudahan X-Ray untuk memudahkan urusan.

Kos untuk melakukan pemeriksaan kesihatan saringan ini adalah di antara RM90 hingga RM220 bergantung kepada klinik. Purata kos adalah dalam 120-140. Majikan perlu bayar terus kepada klinik dan bukannya kepada FOMEMA. Cuma majikan perlu minta klinik lakukan pemeriksaan kesihatan sama seperti pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Pemeriksaan kesihatan FOMEMA terdiri daripada pemeriksaan fizikal, ujian darah, ujian air kencing dan X-Ray. Keputusan ujian ini biasanya akan diperolehi dalam masa 3-4 hari bekerja.

Setelah didapati pembantu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan barulah anda boleh meminta ejen untuk menguruskan permit yang sah bagi pembantu rumah tersebut.