Terdapat beberapa kriteria pembantu rumah yang majikan perlu tahu sekiranya ingin membuat permit melalui JP Visa.
1. Umur pembantu rumah asing: tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan.
2. Pembantu mesti masuk ke Malaysia melalui jalan yang sah. Maknanya pembantu perlu masuk melalui pintu masuk lapangan terbang, pelabuhan ataupun pintu masuk sempadan Singapura atau Thailand. Pembantu yang masuk ke Malaysia melalui jalan tidak sah seperti lorong tikus, bot pancung dan sebagainya adalah tidak layak untuk memohon permit.
3. Pasport pembantu perlu ada cop visa pelancong sama ada visa on arrival atau pelekat visa daripada kedutaan Malaysia di negara asal. Sekiranya tiada cop masuk atau pelekat visa di pasport pembantu, dia tidak layak memohon permit.
4. Pasport pembantu rumah mestilah yang asli daripada negara asal dan bukannya pasport palsu.
5. Pasport pembantu rumah mesti masih sah tempoh paling kurang satu tahun. Sekiranya pasport sudah tamat tempoh pembantu tidak layak untuk memohon permit. Sekiranya tempoh sah pasport kurang daripada satu tahun tetapi lebih daripada 5 bulan, masih boleh mohon permit tetapi tempoh sah permit yang diberikan oleh pihak imigresen akan kurang daripada satu tahun. Pihak imigresen hanya akan berikan tempoh sah permit sehingga beberapa hari sebelum tempoh sah pasport tamat. Jadi majikan akan kerugian dari segi perlu bayar levi semula apabila pembantu buat pasport baru.
6. Pembantu rumah tidak di senarai hitam oleh pihak imigresen. Perkara yang menyebabkan pembantu rumah di senarai hitam oleh imigresen adalah seperti berikut:-
a. Pembantu telah mempunyai permit dengan majikan lain dan telah melarikan diri daripada majikan tersebut.
b. Pembantu pernah datang ke Malaysia sebelum ini dan telah tinggal lebih masa. Kemudian dia telah pulang ke negara asal melalui program pemutihan atau program penghantaran pulang secara sukarela. Pembantu ini akan di senarai hitam oleh pihak imigresen selama 5 tahun.
c. Pembantu yang mempunyai rekod jenayah di Malaysia.
d. Pembantu yang diberikan kebenaran oleh majikan untuk pulang bercuti dan kemudian tidak datang ke Malaysia untuk kembali bekerja dengan majikan (permit dibawah nama majikan). Pembantu ini juga tidak layak untuk memohon kerana di dalam rekod imigresen pembantu tersebut masih bekerja degan majikan lama ataupun sekiranya majikan lama telah buat laporan polis dan imigresen serta bayar denda, pembantu tersebut di kira telah melarikan diri.
Sekiranya pembantu telah tamat tempoh bekerja dengan majikan lama, majikan lama mesti membuat memo periksa keluar (checkout memo) untuk pembantu. Sekiranya majikan tidak buat memo periksa keluar maka pembantu tidak boleh memohon permit.
e. Pembantu yang pernah mempunyai permit kerja sebagai pekerja asing (contohnya sektor servis atau lain-lain sektor) dan majikan tidak membatalkan permit kerja di imigresen dengan membuat memo periksa keluar (checkout memo). Pembantu ini tidak layak memohon.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment