Monday, 29 May 2017

PEMERIKSAAN KESIHATAN SARINGAN (PRE-FOMEMA CHECKUP)


Pre-FOMEMA Checkup





Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah buat pemeriksaan kesihatan saringan ke atas pembantu rumah tersebut. Ini sangat penting kerana pembantu rumah tersebut akan menjadi sebahagian daripada keluarga anda dan amat penting untuk pastikan yang pembantu rumah tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan terutamanya penyakit yang mudah berjangkit seperti TB atau Hepatitis. 


Mungkin ejen akan mengatakan yang mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan di negara asal dan mempunyai sijil daripada klinik di negara asal, tetapi untuk lebih selamat adalah lebih baik anda mengeluarkan wang sedikit untuk memastikan pembantu rumah tersebut betul-betul sihat. Ini adalah kerana ada kemungkinan sijil tersebut adalah palsu ataupun pihak ejen hanya membayar klinik untuk mengeluarkan sijil tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pembantu rumah tersebut.



Sekiranya anda ingin mendapatkan permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen untuk pembantu rumah tersebut, pemeriksaan kesihatan ini juga amat penting kerana sekiranya pembantu rumah tersebut gagal pemeriksaan kesihatan FOMEMA, majikan perlu hantar pembantu rumah pulang ke negara asal. Dan majikan akan mengalami kerugian kerana pemeriksaan kesihatan FOMEMA ini perlu dilakukan setelah mendapat surat kelulusan daripada Jabatan Imigresen, dan biasanya majikan sudah pun mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar ejen yang menguruskan permit. Jadi untuk mengelakkan kerugian ini majikan perlu membuat pemeriksaan kesihatan saringan (Pre-FOMEMA checkup) di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA. Untuk senarai klinik boleh lihat di laman web FOMEMA. Cari klinik yang berdekatan dengan anda yang mempunyai kemudahan X-Ray untuk memudahkan urusan.



Kos untuk melakukan pemeriksaan kesihatan saringan ini adalah di antara RM90 hingga RM220 bergantung kepada klinik. Purata kos adalah dalam 120-140. Majikan perlu bayar terus kepada klinik dan bukannya kepada FOMEMA. Cuma majikan perlu minta klinik lakukan pemeriksaan kesihatan sama seperti pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Pemeriksaan kesihatan FOMEMA terdiri daripada pemeriksaan fizikal, ujian darah, ujian air kencing dan X-Ray. Keputusan ujian ini biasanya akan diperolehi dalam masa 3-4 hari bekerja.



Setelah didapati pembantu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan barulah anda boleh meminta ejen untuk menguruskan permit yang sah bagi pembantu rumah tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

No comments:

Post a Comment