Bermula pada 1 Januari 2018 majikan boleh memohon sendiri permit pembantu rumah secara atas talian (online) berdasarkan pengumuman Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2018.
Menurut artikel dari Utusan Malaysia dan The Star yang bertarikh 15/12/2017 (sila lihat di bawah untuk artikel Utusan Malaysia) majikan boleh mengambil pembantu rumah dan memohon sendiri secara online hanya untuk pembantu rumah yang berasal daripada negara India, Kemboja, Laos, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.
Walau bagaimanapun maklumat yang ada masih belum lengkap kerana pihak Imigresen Malaysia masih belum memaklumkan prosedur sebenar pengambilan pembantu rumah warga asing yang baru. Jadi majikan perlu bersabar dan tunggu hingga selepas 1 Januari 2018.
Tetapi sekiranya pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina ini masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong atau pas lawatan sosial, majikan juga boleh mendapatkan permit melalui ejen.
Saya ada menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan permit kerja melalui JP Visa untuk pembantu rumah yang masuk menggunakan visa pelancong. Selain daripada itu saya juga ada membekal pembantu rumah Indonesia untuk majikan Muslim dan bukan Muslim. Sekiranya berminat boleh hubungi saya secara telefon & sms atau Whatsapp di nombor telefon 019-3844300.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Sumber Berita: Utusan Malaysia 15 Disember 2017
PUTRAJAYA 15 Dis. - Mekanisme pengambilan pembantu rumah warga asing secara dalam talian yang akan mula dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan bakal memberi penjimatan kos sehingga 90 peratus kepada majikan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mekanisme berkenaan membolehkan bakal majikan iaitu ketua isi rumah untuk mengambil secara terus pembantu rumah asing dari negara-negara sumber tanpa memerlukan penglibatan ejen.
Menurut beliau, jika sebelum ini majikan perlu membayar sehingga RM18,000, tetapi kini mereka hanya membayar RM1,635 kepada kerajaan melalui Jabatan Imigresen.
“Jumlah itu adalah kos bagi pengambilan pembantu rumah dan tidak termasuk kos penerbangan dan pasport. Kerajaan mengambil langkah pengurangan termasuk mengurangkan kadar wang cagaran daripada RM1,000 kepada RM500 dan wang proses daripada RM500 kepada RM250.
“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif agar sebarang pembayaran pengambilan terus pembantu rumah asing dapat dikurangkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mekanisme pengambilan pembantu rumah asing secara terus dari negara-negara sumber bagaimanapun tidak terpakai kepada Indonesia dan Filipina yang perlu melalui syarikat-syarikat berdaftar dengan kementerian berkaitan di negara berkenaan.
“Kita mematuhi peraturan perundangan negara itu yang mana kita harap ketua keluarga yang memohon sebagai majikan akan memohon melalui syarikat di negara berkenaan atau boleh mendapatkan nama-nama atau bakal pembantu rumah untuk dikemukakan permohonannya secara dalam talian,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita mengenai saringan kesihatan tambahan yang perlu dijalani pekerja asing mulai 1 Januari tahun hadapan, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut bertujuan memberi pengesahan terhadap pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan di negara sumber dan memantau berterusan tahap kesihatan pekerja asing.
“Saringan kesihatan ini akan dilaksanakan sebelum pekerja asing berlepas dari negara asal, sebulan selepas ketibaan di Malaysia, pada akhir tahun pertama, pada akhir tahun kedua dan selang setiap dua tahun selagi pekerja asing tersebut digajikan di Malaysia,” katanya.
Sementara itu beliau memberitahu, dalam tempoh dari 1 Januari sehingga 5 Disember lalu, sebanyak 15,005 operasi penguatkuasaan telah dijalankan Jabatan Imigresen dan dalam tempoh sama seramai 202,115 PATI telah menyerah diri dan pulang ke negara asal secara sukarela.
Jelasnya, bilangan pekerja asing yang sah di negara ini telah berkurangan kepada 1.785 juta orang setakat 30 November lalu berbanding seramai 2.135 juta orang pada 2015.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment