Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk mendapatkan permit yang sah untuk pembantu rumah.
1. Jumlah pendapatan minima yang perlu dipenuhi oleh majikan adalah seperti jadual dibawah. Jumlah pendapatan minima ini merujuk kepada jumlah pendapatan suami + jumlah pendapatan isteri.
BIL | NEGARA SUMBER | JUMLAH PENDAPATAN MAJIKAN | BAYARAN SITA (PERSONAL BOND) |
1 |
Indonesia
| RM 3,000.00 | RM 250.00 |
2 |
Filipina
| RM 5,000.00 | RM 750.00 |
3 |
Sri Lanka
| RM 5,000.00 | RM 750.00 |
4 |
Thailand
| RM 3,000.00 | RM 250.00 |
5 |
Kemboja
| RM 3,000.00 | RM 250.00 |
6 |
India
| RM 5,000.00 | RM 750.00 |
7 |
Laos
| RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
8 |
Vietnam
| RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
2. Bagi permohonan menjaga anak:-
i. Majikan perlu mempunyai anak yang berumur di bawah 15 tahun.
ii. Suami dan isteri mestilah bekerja. Sekiranya seorang sahaja bekerja maka tidak layak memohon pembantu rumah.
3. Bagi permohonan menjaga ibu/bapa yang tua, majikan perlu sertakan kad pengenalan ibu/bapa dan juga sijil lahir majikan.
4. Bagi permohonan menjaga ibu/bapa yang sakit, majikan perlu sertakan kad pengenalan ibu/bapa, sijil lahir majikan dan juga surat doktor yang menyatakan ibu/bapa majikan sakit dan perlukan bantuan seorang pembantu rumah.
5. Bagi permohonan menjaga anak yang sakit, majikan perlu sertakan surat doktor yang menyatakan anak sakit dan perlukan bantuan seorang pembantu rumah.
6. Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam senarai syak atau senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.
7. Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:-
i. Mempunyai alasan yang kukuh (perlu sertakan bukti, contoh gambar rumah yang besar)
ii. Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual di bawah.
BIL | PERMOHONAN | PENDAPATAN SEBULAN |
1 | Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua | Melebihi RM10,000.00 |
2 | Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga | Melebihi RM15,000.00 |
3 | Pembantu Rumah Asing (PRA) Keempat dan selebihnya | Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen |
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment