Berikut adalah tanggung seorang majikan ke atas Pembantu Rumah Asing yang berdaftar dibawah nama majikan tersebut:-
1. Majikan hendaklah memastikan Pembantu Rumah Asing ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja. Kerja selain daripada kerja-kerja rumah seperti membasuh kereta, menjaga kedai dan memandikan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing bukanlah dalam skop kerja Pembantu Rumah Asing.
2. Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik atau tempat tinggal yang sesuai kepada Pembantu Rumah Asing lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat dan masa rehat yang secukupnya termasuk waktu tidur.
3. Majikan bukan beragama Islam yang menggaji Pembantu Rumah Asing yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama Pembantu Rumah Asing tersebut dengan:-
i. Membenarkan Pembantu Rumah Asing melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu sehari semalam.
ii. Membenarkan Pembantu Rumah Asing berpuasa di bulan Ramadhan.
iii. Tidak menyuruh Pembantu Rumah Asing melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam seperti menghidangkan arak, mengendali makanan yang haram di sisi Islam seperti daging babi/khinzir, biawak dan katak, memandikan anjing/khinzir.
iv. Tidak meminta Pembantu Rumah Asing mengenakan pakaian yang tidak sesuai dan menjolok mata seperti memakai seluar pendek yang singkat atau singlet.
4. Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi Pembantu Rumah Asing semasa memegang PL(KS):-
i. Pembantu Rumah Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).
ii. Pembantu Rumah Asing tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
5. Memastikan Pembantu Rumah Asing tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia. Majikan tidak boleh menyuruh Pembantu Rumah Asing bekerja selain daripada rumah majikan seperti rumah adik beradik dan ibu bapa majikan.
6. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
7. Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
i. Menyimpan rekod pembayaran gaji Pembantu Rumah Asing dan menunjukkan kepada pihak Jabatan Imigresen apabila diminta.
ii. Gaji Pembantu Rumah Asing hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
8. Rawatan perubatan Pembantu Rumah Asing semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
9. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pembantu Rumah Asing:-
i. Meninggal dunia, majikan perlu tanggung kos penghantaran mayat pulang sekiranya majikan tidak mengambil insurans ke atas Pembantu Rumah Asing.
ii. Hilang, majikan perlu buat laporan polis dan kemudian melaporkan kepada pihak imigresen.
iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja, majikan perlu buat laporan polis dan kemudian melaporkan kepada pihak imigresen.
10. Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau melakukan apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada Pembantu Rumah Asing atas apa sebab sekalipun.
11. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen bagi Pembantu Rumah Asing yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.
12. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
13. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan Pembantu Rumah Asing yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
14. Majikan yang ingin membawa Pembantu Rumah Asing bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan/kedutaan/konsult negara asal Pembantu Rumah Asing berkenaan di Malaysia.
15. Majikan yang telah diberi kelulusan Pembantu Rumah Asing tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenarai hitamkan daripada mendapat kemudahan Pembantu Rumah Asing.
PL(KS) - pas lawatan kerja sementara
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment