Kebanyakkan pembantu rumah yang datang bekerja di Malaysia adalah terikat dengan kontrak kerja selama 2 tahun. Mereka telah bersetuju untuk bekerja paling minima selama 2 tahun dengan majikan. Kebanyakkan pembantu rumah ini akan pulang ke negara asal selepas tamat tempoh kontrak. Selebihnya ada yang menyambung kerja dengan majikan, ada yang tidak mahu pulang dan menjadi pendatang tanpa izin, ada yang ingin bekerja dengan majikan lain yang menawarkan gaji yang lebih menarik dan ada juga yang berkahwin dengan warga tempatan.
Apa yang majikan perlu buat sekiranya pembantu rumah ingin pulang selepas tamat tempoh kontrak? Perkara ini perlu dilakukan paling lambat 1 minggu sebelum permit tamat dan paling baik 1-3 bulan sebelum permit tamat.
1. Beli tiket kapal terbang atau feri untuk pembantu rumah. Untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah majikan perlu beli lebih awal dari tarikh pembantu ingin balik ke negara asal.
2. Bawa pasport asal dan juga tiket asal kapal terbang atau feri, ke Jabatan Imigresen yang berhampiran.
3. Bawa juga salinan muka depan pasport pembantu rumah, salinan permit, salinan tiket dan salinan kad pengenalan majikan.
4. Pergi ke Jabatan Imigresen dan minta pihak Imigresen batalkan permit pembantu rumah dan keluarkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk pembantu rumah di bawah nama majikan.
5. Pihak Imigresen akan mengeluarkan 3 helai surat Memo Periksa Keluar (Check Out Memo). Satu untuk simpanan majikan dan dua lagi perlu diberikan kepada pembantu rumah semasa di lapangan terbang atau pelabuhan untuk diserahkan kepada kaunter Imigresen.
Selain daripada itu pihak Imigresen juga akan cop 'C.O.M Applied For' di sticker permit terkini seperti contoh di bawah.
6. Majikan perlu pastikan pembantu rumah betul-betul pulang ke negara asal dengan menghantar pembantu tersebut ke pintu keluar yang dipohon (lapangan terbang atau pelabuhan) pada tarikh yang dipohon. Pastikan pembantu rumah melepasi kaunter imigresen. Kerana ada pembantu rumah yang akan buat u-turn dan tidak melalui kaunter imigresen sebaliknya keluar dari lapangan terbang atau pelabuhan sekiranya majikan hanya hantar sampai ke pintu utama lapangan terbang atau pelabuhan.
Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pembantu rumah tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pembantu rumah berkenaan.
Sekiranya majikan ingin memohon pembantu rumah baru, majikan perlu membatalkan permit pembantu rumah lama dan membayar denda kepada pihak imigresen.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment