Berikut adalah beberapa sebab mengapa majikan gagal mendapatkan permit untuk pembantu rumah.
1. Pembantu rumah gagal dalam pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Contohnya pembantu rumah mengidap penyakit Hepatitis B atau ada kesan tompok-tompok hitam di paru-paru dalam filem x-ray, disyaki penyakit Tuberculosis (TB).
2. Pembantu rumah disenarai hitam oleh pihak Imigresen kerana pembantu tersebut pernah tinggal lebih masa di Malaysia atau masuk ke Malaysia secara haram. Kemudian pembantu tersebut balik ke Indonesia dengan cara membayar kompaun di Imigresen. Nama pembantu tersebut akan di senarai hitam selama 5 tahun. Walaupun pembantu menukar kepada pasport baru pihak Imigresen masih dapat kesan melalui cap jari yang di ambil semasa proses bayar kompaun.
3. Pembantu rumah pernah bekerja dengan majikan di Malaysia dan mempunyai permit yang sah. Tetapi pembantu rumah balik ke negara Asal tanpa majikan batalkan permit di Imigresen (tidak buat Memo Periksa Keluar atau 'Check Out Memo'). Ini biasanya terjadi apabila pembantu rumah pulang ke negara asal untuk bercuti tetapi kemudian tidak kembali semula ke Malaysia untuk bekerja dengan majikan. Rekod pembantu tersebut masih di bawah nama majikan terdahulu. Dan sekiranya majikan terdahulu ingin mendapatkan khidmat pembantu rumah yang baru mereka akan batalkan permit dan bayar kompaun. Ini akan menyebabkan nama pembantu rumah tersebut di senarai hitam oleh pihak Imigresen.
4. Terdapat pelekat permit atau cop masuk atau cop keluar Imigresen palsu di pasport pembantu rumah. Permit atau cop dikira palsu apabila permit atau cop tersebut tiada dalam rekod komputer Jabatan Imigresen Malaysia.
5. Majikan disenarai hitam oleh pihak Imigresen atas pelbagai sebab seperti majikan pernah didapati mendera pembantu rumah, majikan tidak membayar gaji pembantu rumah dah lain-lain sebab.
6. Majikan tidak memenuhi syarat kelayakan memohon pembantu rumah. Seperti majikan muflis, gaji majikan tidak mencukup dan lain-lain lagi.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment