Tuesday, 24 January 2017

PEMBANTU RUMAH TIADA KUALITI?

http://maid1malaysia.blogspot.my/2017/01/cara-mendapatkan-permit-bagi-pembantu.html


Bagi mereka yang pertama kali mengambil pembantu rumah sudah tentu mengharapkan dapat pembantu rumah yang terbaik. Yang pandai masak, pandai jaga anak dan pandai mengemas rumah. Terutama mereka yang mengambil pembantu rumah daripada agensi pembantu rumah yang berdaftar dengan Imigresen, sudah tentu mengharapkan pembantu rumah yang diterima telah dilatih di Indonesia mengenai cara menggunakan peralatan elektrik, cara mengemas rumah, cara menjaga anak dan perkara-perkara yang sepatutnya seorang pembantu rumah perlu tahu. Ini adalah kerana majikan telah menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Tetapi realitinya, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Kebanyakan pembantu rumah yang masuk ke Malaysia sama ada melalui agensi pembantu rumah atau ejen bebas adalah pekerja yang tidak terlatih. Hanya segelintir yang mendapat latihan di negara asal, itupun latihan yang terlalu asas atau 'basic'. Jadi majikan perlu bersedia secara mental yang pembantu rumah yang akan datang bekerja di rumah mereka adalah seorang yang tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka ini datang ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung. Pembantu rumah ini kebanyakannya datang dari kampung pendalaman dan dirumah mereka tiada mesin basuh, tiada penggosok baju, tiada microwave, tiada oven, tiada mesin vakum dan lain-lain barangan elektrik yang biasanya terdapat dirumah rakyat Malaysia. Terdapat juga pembantu rumah yang langsung tidak tahu membaca.





Ramai majikan mempunyai anggapan yang sebaliknya dan apabila ini terjadi majikan akan berasa tertekan kerana telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah tetapi kualiti pembantu tidak seperti yang diharapkan. Sekiranya majikan dapat bersabar dan menerima keadaan pembantu rumah tersebut, mereka ini kebanyakannya boleh diajar dan dilatih untuk menguruskan anak, membersihkan rumah, memasak dan mengendali peralatan elektrik di dalam rumah. Yang penting majikan hendaklah sabar dan boleh bertoleransi serta faham yang pembantu rumah juga adalah seorang manusia yang bebas dan mempunyai perasaan. Mereka ini bukannya hamba dan mereka datang ke Malaysia dengan tujuan mencari rezeki bagi menyara hidup anak-anak dan keluarga di Indonesia. Sekiranya majikan melayan mereka dengan baik, Insya Allah pembantu rumah ini dapat bekerja dengan baik di rumah majikan.

Walaupun majoriti pembantu rumah tidak menerima latihan formal tetapi ramai juga yang telah mempunyai pengalaman bekerja sama ada di Malaysia, Timur Tengah, Taiwan ataupun Hong Kong. Cuma kalau di Timur Tengah biasanya kalau kerja mereka jaga anak, mereka cuma akan jaga anak sahaja, atau kalau kerja mereka mengemas rumah mereka hanya buat kerja kemas rumah dan tidak jaga anak atau memasak atau lain-lain kerja. Kalau di Malaysia biasanya tugas pembantu rumah agak banyak, mereka perlu kemas rumah, jaga anak dan memasak. Ada juga majikan yang menyuruh pembantu rumah untuk basuh kereta dan membersihkan taman/laman. Tetapi membasuh kereta dan membersih laman sebenarnya bukan kerja pembantu rumah walaubagaimanapun sekiranya pembantu rumah tersebut mahu melakukan kerja-kerja ini sepatutnya majikan perlu memberi imbuhan tambahan kepada mereka.

Ada juga majikan yang mengambil kesempatan ke atas pembantu rumah dimana pembantu rumah in perlu membersihkan lebih dari satu rumah. Selain rumah majikan mereka terpaksa bersihkan rumah adik majikan, emak majikan, abang majikan dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman saya kebiasaan yang melakukan perkara ini adalah majikan berbangsa ****. Terdapat seorang pembantu rumah yang bekerja dengan majikan berbangsa **** pernah menceritakan kepada saya yang setiap hari apabila beliau bangun dari tidur, perkara pertama yang dia perlu lakukan adalah mengutip najis anjing majikannya (yang berak merata-rata) dan membersihkan lantai. Sehingga beliau tiada selera untuk sarapan setiap hari. Beliau juga perlu memandikan anjing tersebut dan anjing itu kebiasaanya akan menggigit pembantu rumah tersebut semasa proses tersebut. Banyak lagi kes yang majikan mengambil kesempatan ke atas pembantu rumah.

Banyak juga kes yang mana majikan melayan pembantu rumah dengan baik malahan ada yang melayan pembantu rumah seperti keluarga, tetapi pembantu rumah pula yang mengambil kesempatan seperti mencuri dan sebagainya. Jadi pada pendapat saya sebenarnya sama ada majikan dapat pembantu yang baik atau tidak ada bergantung kepada rezeki dan ketentuan Allah.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

No comments:

Post a Comment