Tuesday, 10 January 2017

CARA DAPATKAN PERMIT SAH BAGI PEMBANTU YANG BERADA DI MALAYSIA



  • Satu-satunya cara untuk mendapatkan permit yang sah bagi pembantu rumah asing yang berada di Malaysia yang masuk ke dalam negara menggunakan pas lawatan sosial atau ‘Visa On Arrival’ adalah dengan mendapatkan surat sokongan daripada Menteri Dalam Negeri untuk mendapatkan ‘Journey Performed Visa’ (JP Visa) untuk pembantu rumah tersebut. Proses mendapatkan surat sokongan ini biasanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu.


  • Setelah mendapat surat sokongan ini, ejen perlu menghantar segala borang dan dokumen majikan kepada pihak Imigresen untuk diproses.  Proses di Imigresen ini biasanya mengambil masa 2 hingga 5 minggu.


  • Setelah pihak Imigresen meluluskan permohonan ini, majikan perlu hadir ke pejabat Imigresen di Putrajaya untuk mengambil kelulusan tersebut. Seandainya pembantu rumah tersebut telah tinggal melebihi hari yang diberi semasa di pintu masuk Malaysia, majikan perlu membayar kompaun yang ditetapkan oleh pihak Imigresen.


  • Selepas itu majikan perlu membawa pembantu rumah tersebut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA. Majikan perlu membawa pembantu rumah, pasport pembantu tersebut dan borang FOMEMA yang telah dibeli sebelum pemeriksaan tersebut.


  • Selepas keputusan pemeriksaan diketahui (mengambil masa lebih kurang 10 hari bekerja), majikan perlu menyerahkan pasport pembantu rumah tersebut kepada ejen. Ejen akan membuat bayaran levi dan wang proses dikaunter bayaran Imigresen dan akan mengambil pelekat JP Visa pembantu rumah.


  • Setelah itu ejen akan menyerahkan pasport pembantu rumah yang telah dilekatkan dengan pelekat JP Visa kepada majikan.


  • Majikan perlu memperbaharui permit pembantu rumah tersebut setiap tahun dan permohonan tersebut boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat visa.


  • Pemeriksaan kesihatan FOMEMA perlu di lakukan ke atas pembantu rumah untuk tahun kedua dan tahun ketiga permit. Selepas itu pemeriksaan kesihatan ini tidak lagi perlu dilakukan ke atas pembantu rumah tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

No comments:

Post a Comment