1. Agensi Pekerjaan Di Malaysia
- Cara ini adalah yang paling mudah dan yang paling mahal. Mudah kerana anda hanya perlu mencari agensi pekerjaan (yang berdaftar dengan pihak Imigresen) yang berhampiran tempat anda dan membuat bayaran deposit untuk mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah. Anda tidak akan terus dapat bawa balik pembantu rumah selepas buat bayaran deposit sebaliknya anda akan diberikan biodata-biodata pembantu rumah yang masih berada di Indonesia. Dan anda perlu memilih yang mana yang berkenan di hati. Setelah itu anda perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak Imigresen kepada pihak agensi pekerjaan untuk tujuan proses permohonan calling visa. Selain itu anda juga perlu menandatangani semua borang permohonan, surat perjanjian dengan agensi, surat perjanjian dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia dan apa-apa lain yang diperlukan oleh pihak agensi pekerjaan untuk menguruskan permohonan calling visa pembantu rumah tersebut. Sekiranya pihak agensi tidak mempunyai biodata, anda juga perlu menunggu sehingga mereka menerima biodata daripada ejen di Indonesia. Ada agensi yang memerlukan anda untuk membuat sedikit deposit walaupun biodata tiada, sebagai booking fee. Ada juga yang hanya mengambil deposit apabila mereka ada biodata.
- Cara ini adalah cara yang paling mahal dimana harga adalah dalam lingkungan RM12000-RM17000. Sekiranya wang tidak menjadi masalah bagi anda, ini adalah cara yang paling mudah. Tetapi setiap agensi berbeza, ada yang bagus dan ada yang tidak bagus. Ada yang janji sebulan tetapi 3-4 bulan baru dapat. Ada yang bagi waranti sekiranya pembantu lari dalam masa 3 bulan mereka akan bagi gantian, ada yang bagi 6 bulan dan ada yang bagi 1 tahun. Tetapi yang lebih penting untuk anda tahu adalah sekiranya pembantu rumah lari berapa lamakah masa yang diperlukan oleh agensi untuk mengganti. Biasanya disini masalah akan timbul, kerana gantian ini adalah daripada ejen di Indonesia. Jadi sekiranya ejen di Indonesia kurang bagus, gantian akan memakan masa yang lama. Kebanyakan agensi pekerjaan akan memberi waranti lari selama 3 bulan kerana hampir semua ejen di Indonesia memberi waranti lari 3 bulan sahaja.
- Berdasarkan pengalaman saya ramai ejen Indonesia yang menghilangkan diri apabila mereka perlu membuat gantian yang banyak kerana ramai pembantu rumah yang lari dan bermasalah. Sekiranya agensi pekerjaan di Malaysia itu bagus dan mempunyai kewangan yang kukuh (kerana mereka perlu bayar ejen lain) mereka akan cuba dapatkan gantian daripada ejen lain. Kebanyakan agensi pekerjaan akan cuba mendapatkan gantian daripada ejen yang sama kerana mereka tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk gantian ini. Agensi yang bagus akan cuba mendapatkan gantian secepat mungkin. Ada juga yang sanggup dapatkan pembantu rumah dari ejen Indonesia lain untuk menjaga nama baik agensi tersebut. Setengah agensi pekerjaan yang bagus akan memberikan gantian sementara kepada majikan.
- Satu lagi yang biasanya agensi pekerjaan tidak terangkan adalah gantian ini biasanya hanya diberikan sekali sahaja. Sekiranya gantian itu juga lari tiada sebarang gantian lagi diberikan. Ini adalah kerana biasanya ejen di Indonesia biasanya hanya berikan satu gantian sahaja. Tetapi ada juga ejen Indonesia yang bagus yang memberi gantian sebanyak 2-3 kali tetapi amat sedikit jumlahnya.
- Selain daripada itu untuk gantian ini biasanya pihak majikan perlu membayar levi baru, kompaun dan bayaran fomema baru kepada agensi pekerjaan kerana pihak Imigresen tidak akan memulangkan wang levi sebaliknya mengenakan kompaun sebanyak RM250 (warga Indonesia) ke atas majikan. Majikan juga perlu membuat laporan polis sekiranya pembantu rumah lari.
- Sekiranya gantian adalah disebabkan masalah pembantu rumah seperti pembantu mencuri dan sebagainya, kompaun tidak dikenakan sebaliknya majikan atau agensi pekerjaan perlu membuat permohonan ‘check-out memo’ untuk menghantar balik pembantu tersebut ke negara asal. Wang levi tidak akan dipulangkan oleh pihak Imigresen. Levi hanya akan diberi kredit hanya sekiranya pembantu rumah gagal dalam pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Sekiranya ini terjadi majikan tidak perlu membayar semula levi dan boleh mengguna semula levi tersebut untuk gantian. Walau bagaimanapun majikan tetap perlu membayar semula wang proses dan pemeriksaan kesihatan FOMEMA.
- Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak berpuashati dengan apa yang agensi pekerjaan beri/janjikan anda boleh membuat tuntutan di Tribunal Pengguna.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
2. Ejen Pembantu Rumah Di Malaysia
- Ini adalah cara yang juga mudah dan ianya murah sedikit jika dibandingkan dengan menggunakan agensi pekerjaan. Tetapi perlu anda ketahui adalah ejen –ejen ini adalah ejen yang bebas dan tidak berdaftar dengan mana-mana pihak serta tidak dikawalselia oleh pihak Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja. Walau bagaimanapun anda masih boleh menggunakan khidmat ejen ini untuk mendapatkan pembantu rumah. Cuma anda perlu berhati-hati sedikit dan kalau boleh dapatkan testimoni daripada orang lain yang pernah menggunakan perkhidmatan ejen ini. Biasanya ejen-ejen seperti ini menggunakan pendekatan ‘word of mouth’.
- Terdapat dua jenis cara ejen seperti ini membekalkan pembantu rumah yang sah dan ada permit. Satu adalah dengan cara ‘calling visa’ dan satu lagi adalah dengan cara ‘journey perfomed visa’. Sekiranya menggunakan ‘calling visa’ pembantu rumah mesti masih berada di negara asal. Biasanya ejen ini akan menggunakan khidmat agensi pekerjaan yang berdaftar untuk menguruskan ‘calling visa’ ini.
- Sekiranya menggunakan ‘journey perfomed visa’ atau JP Visa, bermakna pembantu rumah tersebut akan atau telah masuk ke Malaysia sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial atau ‘visa on arrival’ (VOA). VOA ini hanya berlaku selama 1 bulan sahaja. Manakala pas lawatan sosial pula ada yang berlaku selama 1 bulan dan ada yang berlaku selama 3 bulan.
- Untuk mendapatkan JP Visa majikan tidak boleh membuat permohonan secara langsung di Imigresen sebaliknya perlu mendapatkan kelulusan khas daripada pejabat Menteri Dalam Negeri. Hampir 99% ini akan diuruskan oleh ejen. Saya juga ada menyediakan khidmat mendapatkan JP Visa untuk pembantu rumah yang masuk ke Malaysia menggunakan visa lawatan sosial atau ‘visa on arrival’.
- Ada dua lagi cara ejen pembantu rumah di Malaysia ini membekalkan pembantu rumah Indonesia kepada majikan. Melalui cara ini biasanya kos mendapatkan pembantu rumah adalah lebih rendah kerana ejen tidak akan menguruskan permit yang sah untuk pembantu rumah tersebut. Sebaliknya meyerahkan kepada majikan sama ada mahu mendapatkan permit kerja yang sah untuk pembantu rumah ini atau tidak.
- Cara pertama ialah ejen akan membawa masuk pembantu rumah daripada Indonesia secara pas lawatan sosial atau VOA. Kemudian ejen akan menyerahkan pembantu rumah tersebut dan pasportnya kepada majikan. Terpulang kepada majikan sama ada mahu mendapatkan permit kerja atau tidak. Majikan boleh mendapatkan permit kerja untuk pembantu rumah ini secara JP Visa.
- Cara kedua ialah ejen menyerahkan pembantu rumah yang masuk secara pintu belakang (tidak melalui pintu masuk sah Imigresen Malaysia) kepada majikan. Pembantu ini ada yang mempunyai pasport dan ada yang tiada pasport. Walaupun pembantu itu mempunyai pasport tetapi majikan tidak boleh mendapatkan permit kerja untuk pembantu ini kerana mereka masuk ke Malaysia secara tidak sah. Mereka ini adalah pendatang tanpa izin (PATI).
- Kos untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia menggunakan ejen di Malaysia adalah di antara RM5500-RM15000 bergantung kepada sama ada ejen itu menguruskan permit atau tidak. Manakala gantian juga biasanya hanya diberikan sekali sahaja dan ada juga yang tidak menjanjikan sebarang gantian.
3. Ejen Pembantu Rumah Di Indonesia
- Ini adalah cara yang juga murah. Kebiasaannya nombor ejen di Indonesia ini diperolehi daripada kawan dan sanak saudara. Ada juga yang dapat nombor dari internet. Kebiasaanya cara ini ejen Indonesia akan membawa masuk pembantu rumah melalui pintu masuk Malaysia yang sah dan seterusnya menyerahkan pembantu rumah kepada majikan beserta dengan pasport pembantu rumah tersebut. Ejen ini tidak akan menguruskan permohonan untuk mendapatkan permit kerja yang sah sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada ejen lain (seperti saya yang hanya menguruskan permit kerja pembantu rumah) atau menyerahkan kepada majikan untuk mencari ejen yang boleh mendapatkan permit kerja yang sah untuk pembantu rumah tersebut. Kos untuk cara ini biasanya dalam RM4500-RM6000 bergantung kepada ejen Indonesia tersebut.
- Ada juga ejen Indonesia yang membawa masuk pembantu rumah melalui jalan belakang (tidak melalui pintu masuk sah Imigresen Malaysia). Dan kemudian menyerahkan pembantu rumah ini kepada majikan. Pembantu ini ada yang mempunyai pasport dan ada yang tiada pasport. Walaupun pembantu itu mempunyai pasport tetapi majikan tidak boleh mendapatkan permit kerja untuk pembantu ini kerana mereka masuk ke Malaysia secara tidak sah. Mereka ini adalah pendatang tanpa izin (PATI). Kos menggunakan cara ini adalah sekitar RM1000-RM3000.
- Ini adalah cara yang paling murah. Maksud cari sendiri di Indonesia ini bukan bermakna majikan perlu pergi sendiri ke Indonesia mencari pembantu rumah. Namun begitu ada juga majikan yang melakukan perkara ini. Ianya agak leceh dan menelan kos yang agak tinggi kerana perlu membeli tiket kapal terbang, sewa hotel, sewa kenderaan dan lain-lain. Sebaliknya apa yang saya maksudkan di sini adalah, meminta pembantu rumah kawan, saudara atau jiran bertanyakan kepada saudara mara dan kawan-kawan mereka di kampung sekiranya ada yang mahu datang ke Malaysia menjadi pembantu rumah. Biasanya majikan perlu mengeluarkan dahulu wang untuk membuat pasport dan tiket kapal terbang pembantu rumah serta wang bekal/belanja untuk keluarga pembantu rumah. Mengikut kadar sekarang ini adalah lebih kurang RM2000-RM3000.
- Majikan perlu mengambil pembantu rumah ini di lapangan terbang atau pelabuhan. Kemudian majikan perlu mencari ejen untuk menguruskan permit pembantu rumah tersebut. Sekiranya majikan tidak mahu membuat permit nanti akan ada masalah sekiranya pembantu ingin pulang bercuti atau pulang terus. Masalah juga akan timbul sekiranya pembantu rumah ini sakit atau mati. Sekiranya pembantu rumah ini mempunyai permit yang sah majikan boleh membeli insuran untuk pembantu rumah tersebut. Sekiranya pembantu rumah ini tidak mempunyai permit dan dia mahu pulang ke negara asal secara sah, dia akan dikenakan kompaun yang tinggi kerana tinggal lebih masa di Malaysia. Kompaun ini mungkin mencecah belasan ribu ringgit sekiranya dia tinggal lama di Malaysia. Majikan juga mungkin akan turut dikenakan kompaun yang tinggi dan didakwa oleh pihak Imigresen.
- Jadi adalah lebih baik sekiranya majikan berlaku adil kepada pembantu rumah tersebut dan mendapatkan permit yang sah untuk pembantu rumah tersebut.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment