Monday, 9 January 2017

MENGAPA PERLUKAN PEMBANTU RUMAH @ MAID



Trend mengambil pembantu rumah ini bukanlah suatu fenomena yang baru. Semasa saya kecil (sekitar akhir 70an, ibubapa saya juga mempunyai pembantu rumah kerana kedua-duanya bekerja cuma bezanya dahulu pembantu-pembantu ini adalah daripada golongan rakyat Malaysia sendiri. Kebanyakan pembantu rumah yang menjaga saya semasa kecil adalah terdiri daripada saudara mara saya juga. Tetapi senario sekarang telah berubah. Kebanyakan pembantu rumah sekarang adalah dari warga asing terutamanya warga negara Indonesia dan Filipina. Terdapat juga pembantu rumah dari Thailand dan Kemboja tetapi sangat kurang. Masih terdapat pembantu rumah dari golongan rakyat Malaysia tetapi jumlahnya amat sedikit jika dibandingkan dengan pembantu rumah warga asing. Di kampung saya masih terdapat pembantu rumah dari rakyat Malaysia tetapi mereka hanya bekerja dikawasan yang berhampiran sahaja dan biasanya mereka bekerja bermula pada pagi sehingga petang sahaja dan tidak tinggal bersama majikan. Jadi bagi majikan yang tinggal di bandar-bandar yang memerlukan khidmat pembantu rumah, mereka terpaksa mengambil pembantu dari kalangan warga asing seperti Indonesia dan Filipina.

Di Malaysia majikan yang beragama Islam lebih gemar mengambil pembantu daripada Indonesia daripada Filipina kerana faktor agama dan bahasa. Selain daripada itu faktor gaji juga turut menjadi sebab mengapa kebanyakan majikan beragama Islam/Melayu mengambil pembantu rumah dari Indonesia. Faktor gaji juga menjadi salah satu sebab mengapa majikan bukan Islam/Cina/India turut gemar mengambil pembantu dari Indonesia berbanding Filipina. Perbezaan gaji antara pembantu rumah dari Indonesia dan Filipina adalah sekitar RM400-RM600. Contoh; gaji PRA (pembantu rumah asing) Indonesia sekarang adalah sekitar RM800-RM900 manakala gaji PRA Filipina adalah sekitar RM1200-RM1500.
Hubungi saya di talian 019-3844300 untuk menguruskan permit pembantu rumah secara JP Visa
Hubungi saya di talian 019-3844300 untuk
mendapatkan permit maid secara JP Visa.

Berdasarkan pengalaman saya selama 14 tahun dalam industri pembantu rumah, gaji pembantu rumah warga Indonesia biasanya meningkat setiap 2 tahun. Pada tahun 2016-2018 kadar gaji adalah dalam lingkungan RM800-RM900 sebulan. Berbanding pada tahun 2013-2015 pada RM700-RM800 sebulan, tahun 2010-2012 pada RM500-RM600 sebulan, tahun 2007-2009 pada RM400-RM500 dan tahun 2003-2006 pada RM350-RM400 sebulan. Walaupun berlaku kenaikan gaji tetapi permintaan terhadap khidmat pembantu rumah tetap banyak dan tidak banyak berubah.



Terdapat banyak faktor mengapa seseorang memerlukan khidmat pembantu rumah, antara yang popular adalah:

1.  Menjaga Anak
  • Lebih daripada 60% majikan yang mengambil pembantu rumah adalah untuk menjaga anak-anak. Disebabkan suami dan isteri bekerja jadi mereka perlukan seorang dewasa untuk berada di rumah dan menjaga serta memantau anak-anak. Jika hanya mempunyai seorang anak mungkin tidak memerlukan khidmat pembantu rumah kerana boleh hantar ke taska atau tadika atau pusat jagaan anak-anak. Tetapi sekiranya mempunyai 2 atau lebih anak adalah lebih ekonomikal untuk mengambil pembantu rumah. Disamping menjaga anak, pembantu ini juga dapat membersihkan rumah, membasuh dan menggosok pakaian dan memasak untuk anak-anak. Ada juga majikan yang hanya mempunyai sorang anak tetapi tetap mahu mengambil pembantu rumah disebabkan oleh trauma dengan kejadian penderaan dan pengabaian penjagaan anak di taska/tadika/pusat jgaaan anak-anak yang banyak dilaporkan di media masa.



2.  Mengemas Rumah
  • Sebahagian majikan mengambil pembantu rumah kerana memerlukan pekerja untuk memastikan kebersihan rumah sentiasa terjamin. Kebiasaannya anak-anak majikan seperti ini telah dewasa dan tidak lagi tinggal bersama dengan ibu bapa atau anak-anak ini telah boleh menguruskan diri sendiri dan kurang memerlukan pengawasan darpiada pembantu rumah. Kebiasaanya majikan seperti ini telah terbiasa mempunyai pembantu rumah dan terus menggunakan khidmat pembantu rumah walaupun selepas anak-anak telah keluar dari rumah.



3. Menjaga Anak OKU/Sakit
  • Ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang upaya juga biasanya memerlukan khidmat pembantu rumah bagi menolong mengurus anak OKU/sakit ini. Lebih-lebih lagi sekiranya kedua-dua suami dan isteri bekerja. Dalam setengah situasi majikan seperti ini memerlukan khidmat 2 orang pembantu rumah, satu untuk menguruskan anak OKU/sakit dan satu lagi untuk menguruskan anak-anak yang lain.



4. Menjaga Pasangan atau Ibu Bapa Yang Sakit
  • Mereka yang mempunyai pasangan atau ibu atau bapa yang menghidapi penyakit yang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak biasanya akan turut mengambil pembantu rumah bagi membantu pasangan/ibu/bapa mereka dalam urusan seharian.



5. Membantu Dalam Perniagaan
  • Ramai juga majikan yang mengambil pembantu rumah dan menjadikan mereka pembantu di kedai atau gerai atau restoran kepunyaan majikan. Mengikut pihak Imigresen Malaysia, perbuatan ini adalah salah kerana permit yang di keluarkan untuk warga asing ini adalah permit pembantu rumah bukan untuk bekerja di kedai/gerai/restoran. Walaubagaimanapun ini tidak menghalang majikan daripada melakukan perkara ini. Biasanya pembantu rumah dalam golongan ini mempunyai gaji yang lebih tinggi kerana selain daripada bekerja di kedai/gerai/restoran kepunyaan majikan mereka juga perlu melakukan kerja-kerja dirumah majikan seperti mengemas rumah, memasak dan membasuh pakaian. Kebanyakan majikan yang melakukan perkara ini adalah dari golongan peniaga tak kira dari bangsa Cina/Melayu/India. Antara sebab ini berlaku adalah kerana menguruskan permit untuk pembantu rumah adalah lebih mudah daripada menguruskan permit pekerja kedai/gerai/restoran. Faktor lain ialah levi pembantu rumah adalah yang paling rendah.




6. Pembantu dan Peneman Ibu / Bapa
  • Ada juga majikan yang mengambil pembantu rumah untuk menjadi peneman ibu / bapa yang telah tua tetapi masih sihat. Dimana ibu/bapa tidak mahu tinggal dengan anak-anak. Untuk membantu ibu biasanya pembantu adalah perempuan. Sementara untuk membantu bapa boleh pembantu lelaki atau perempuan.


Komen dan cadangan anda amat di alu-alukan.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

No comments:

Post a Comment