- Periksa anak-anak anda, pastikan mereka semua berada dalam keadaan yang selamat dan berada di tempat yang sepatutnya.
- Sekiranya ada anak anda yang tiada, tanya kepada anak-anak yang lain dimana anak tersebut berada.
- Sekiranyanya anda mengesyaki pembantu rumah anda telah melarikan anak anda, telefon pihak polis dengan segera.
- Sekiranya anak-anak anda semua berada dalam keadaan yang selamat, periksa almari pakaian pembantu rumah untuk memastikan yang pembantu tersebut benar-benar telah lari. Sekiranya segala barang kepunyaan dan beg pembantu tersebut telah tiada maka sahlah pembantu itu telah melarikan diri.
- Periksa barang kemas dan lain-lain barang yang berharga. Sekiranya ada yang hilang, senaraikan barang yang hilang.
- Periksa semua kunci rumah termasuk kunci kereta atau motor pastikan tiada kunci yang hilang. Sekiranya ada yang hilang, tulis di dalam senarai kerana anda perlu mengganti kunci tersebut untuk tujuan keselamatan di masa hadapan.
- Sekiranya banyak barang berharga yang hilang segeralah pergi ke balai
polis untuk membuat laporan polis.
- Sekiranya tiada barang berharga hilang, ambil sedikit masa untuk membuat pemeriksaan terperinci dan selepas itu bolehlah pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut.
- Laporan polis ini amat penting kerana sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas pembantu rumah tersebut selepas beliau melarikan diri dari rumah, anda tidak lagi akan bertanggung jawab ke atas pembantu tersebut.
- Laporan ini juga diperlukan oleh pihak Imigresen sekiranya anda ingin mengambil pembantu rumah yang baru.
- Pihak Imigresen akan mengenakan kompaun sebanyak RM250 (untuk pembantu rumah warganegara Indonesia) ke atas majikan. Dan majikan perlu membayar kompaun ini sebelum membuat permohonan baru. Jumlah kompaun yang dikenakan oleh pihak Imigresen ada berlainan mengikut negara.
- Sekiranya pembantu rumah masih dalam waranti, biasanya ejen juga perlukan salinan laporan polis ini untuk mendapatkan gantian daripada ejen di Indonesia.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema
No comments:
Post a Comment