Terdapat
banyak cara untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah warga negara Indonesia.
Setiap cara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan kos yang
berbeza-beza.
1. Agensi Pekerjaan Di Malaysia
- Cara ini adalah yang paling mudah dan yang paling mahal. Mudah kerana
anda hanya perlu mencari agensi pekerjaan (yang berdaftar dengan pihak
Imigresen) yang berhampiran tempat anda dan membuat bayaran deposit untuk
mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah. Anda tidak akan terus dapat bawa
balik pembantu rumah selepas buat bayaran deposit sebaliknya anda akan
diberikan biodata-biodata pembantu rumah yang masih berada di Indonesia. Dan
anda perlu memilih yang mana yang berkenan di hati. Setelah itu anda perlu menyerahkan
semua dokumen yang diperlukan oleh pihak Imigresen kepada pihak agensi
pekerjaan untuk tujuan proses permohonan calling visa. Selain itu anda juga
perlu menandatangani semua borang permohonan, surat perjanjian dengan agensi,
surat perjanjian dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia dan apa-apa lain yang
diperlukan oleh pihak agensi pekerjaan untuk menguruskan permohonan calling
visa pembantu rumah tersebut. Sekiranya pihak agensi tidak mempunyai biodata,
anda juga perlu menunggu sehingga mereka menerima biodata daripada ejen di
Indonesia. Ada agensi yang memerlukan anda untuk membuat sedikit deposit
walaupun biodata tiada, sebagai booking fee. Ada juga yang hanya mengambil
deposit apabila mereka ada biodata.
Cara
ini adalah cara yang paling mahal dimana harga adalah dalam lingkungan
RM12000-RM17000. Sekiranya wang tidak menjadi masalah bagi anda, ini adalah
cara yang paling mudah. Tetapi setiap agensi berbeza, ada yang bagus dan ada
yang tidak bagus. Ada yang janji sebulan tetapi 3-4 bulan baru dapat. Ada yang
bagi waranti sekiranya pembantu lari dalam masa 3 bulan mereka akan bagi gantian,
ada yang bagi 6 bulan dan ada yang bagi 1 tahun. Tetapi yang lebih penting
untuk anda tahu adalah sekiranya pembantu rumah lari berapa lamakah masa yang
diperlukan oleh agensi untuk mengganti. Biasanya disini masalah akan timbul,
kerana gantian ini adalah daripada ejen di Indonesia. Jadi sekiranya ejen di
Indonesia kurang bagus, gantian akan memakan masa yang lama. Kebanyakan agensi
pekerjaan akan memberi waranti lari selama 3 bulan kerana hampir semua ejen di
Indonesia memberi waranti lari 3 bulan sahaja.
- Berdasarkan pengalaman saya ramai ejen Indonesia yang menghilangkan diri
apabila mereka perlu membuat gantian yang banyak kerana ramai pembantu rumah yang lari dan
bermasalah. Sekiranya agensi pekerjaan di Malaysia itu bagus dan mempunyai
kewangan yang kukuh (kerana mereka perlu bayar ejen lain) mereka akan cuba
dapatkan gantian daripada ejen lain. Kebanyakan agensi pekerjaan akan cuba mendapatkan
gantian daripada ejen yang sama kerana mereka tidak perlu membuat bayaran
tambahan untuk gantian ini. Agensi yang bagus akan cuba mendapatkan gantian
secepat mungkin. Ada juga yang sanggup dapatkan pembantu rumah dari ejen Indonesia
lain untuk menjaga nama baik agensi tersebut. Setengah agensi pekerjaan yang
bagus akan memberikan gantian sementara kepada majikan.
- Satu lagi yang biasanya agensi pekerjaan tidak terangkan adalah gantian
ini biasanya hanya diberikan sekali sahaja. Sekiranya gantian itu juga lari
tiada sebarang gantian lagi diberikan. Ini adalah kerana biasanya ejen di
Indonesia biasanya hanya berikan satu gantian sahaja. Tetapi ada juga ejen Indonesia
yang bagus yang memberi gantian sebanyak 2-3 kali tetapi amat sedikit
jumlahnya.
- Selain daripada itu untuk gantian ini biasanya pihak majikan perlu
membayar levi baru, kompaun dan bayaran fomema baru kepada agensi pekerjaan kerana
pihak Imigresen tidak akan memulangkan wang levi sebaliknya mengenakan kompaun
sebanyak RM250 (warga Indonesia) ke atas majikan. Majikan juga perlu membuat
laporan polis sekiranya pembantu rumah lari.
- Sekiranya gantian adalah disebabkan masalah pembantu rumah seperti
pembantu mencuri dan sebagainya, kompaun tidak dikenakan sebaliknya majikan
atau agensi pekerjaan perlu membuat permohonan ‘check-out memo’ untuk
menghantar balik pembantu tersebut ke negara asal. Wang levi tidak akan
dipulangkan oleh pihak Imigresen. Levi hanya akan diberi kredit hanya sekiranya
pembantu rumah gagal dalam pemeriksaan kesihatan FOMEMA. Sekiranya ini terjadi
majikan tidak perlu membayar semula levi dan boleh mengguna semula levi tersebut
untuk gantian. Walau bagaimanapun majikan tetap perlu membayar semula wang
proses dan pemeriksaan kesihatan FOMEMA.
- Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak berpuashati dengan apa yang agensi
pekerjaan beri/janjikan anda boleh membuat tuntutan di Tribunal Pengguna.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
2. Ejen Pembantu Rumah Di Malaysia
- Ini adalah cara yang juga mudah dan ianya murah sedikit jika
dibandingkan dengan menggunakan agensi pekerjaan. Tetapi perlu anda ketahui
adalah ejen –ejen ini adalah ejen yang bebas dan tidak berdaftar dengan
mana-mana pihak serta tidak dikawalselia oleh pihak Imigresen dan Jabatan
Tenaga Kerja. Walau bagaimanapun anda masih boleh menggunakan khidmat ejen ini
untuk mendapatkan pembantu rumah. Cuma anda perlu berhati-hati sedikit dan kalau
boleh dapatkan testimoni daripada orang lain yang pernah menggunakan
perkhidmatan ejen ini. Biasanya ejen-ejen seperti ini menggunakan pendekatan ‘word
of mouth’.
- Terdapat dua jenis cara ejen seperti ini membekalkan pembantu rumah yang
sah dan ada permit. Satu adalah dengan cara ‘calling visa’ dan satu lagi adalah
dengan cara ‘journey perfomed visa’. Sekiranya menggunakan ‘calling visa’
pembantu rumah mesti masih berada di negara asal. Biasanya ejen ini akan
menggunakan khidmat agensi pekerjaan yang berdaftar untuk menguruskan ‘calling
visa’ ini.
- Sekiranya menggunakan ‘journey perfomed visa’ atau JP Visa, bermakna
pembantu rumah tersebut akan atau telah masuk ke Malaysia sebagai pelancong
menggunakan pas lawatan sosial atau ‘visa on arrival’ (VOA). VOA ini hanya
berlaku selama 1 bulan sahaja. Manakala pas lawatan sosial pula ada yang
berlaku selama 1 bulan dan ada yang berlaku selama 3 bulan.
- Untuk mendapatkan JP Visa majikan tidak boleh membuat permohonan secara
langsung di Imigresen sebaliknya perlu mendapatkan kelulusan khas daripada
pejabat Menteri Dalam Negeri. Hampir 99% ini akan diuruskan oleh ejen. Saya
juga ada menyediakan khidmat mendapatkan JP Visa untuk pembantu rumah yang
masuk ke Malaysia menggunakan visa lawatan sosial atau ‘visa on arrival’.
- Ada dua lagi cara ejen pembantu rumah di Malaysia ini membekalkan
pembantu rumah Indonesia kepada majikan. Melalui cara ini biasanya kos
mendapatkan pembantu rumah adalah lebih rendah kerana ejen tidak akan
menguruskan permit yang sah untuk pembantu rumah tersebut. Sebaliknya
meyerahkan kepada majikan sama ada mahu mendapatkan permit kerja yang sah untuk
pembantu rumah ini atau tidak.
- Cara pertama ialah ejen akan membawa masuk pembantu rumah daripada
Indonesia secara pas lawatan sosial atau VOA. Kemudian ejen akan menyerahkan
pembantu rumah tersebut dan pasportnya kepada majikan. Terpulang kepada majikan
sama ada mahu mendapatkan permit kerja atau tidak. Majikan boleh mendapatkan
permit kerja untuk pembantu rumah ini secara JP Visa.
- Cara kedua ialah ejen menyerahkan pembantu rumah yang masuk secara pintu
belakang (tidak melalui pintu masuk sah Imigresen Malaysia) kepada majikan.
Pembantu ini ada yang mempunyai pasport dan ada yang tiada pasport. Walaupun
pembantu itu mempunyai pasport tetapi majikan tidak boleh mendapatkan permit
kerja untuk pembantu ini kerana mereka masuk ke Malaysia secara tidak sah.
Mereka ini adalah pendatang tanpa izin (PATI).
- Kos untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia menggunakan ejen di
Malaysia adalah di antara RM5500-RM15000 bergantung kepada sama ada ejen itu
menguruskan permit atau tidak. Manakala gantian juga biasanya hanya diberikan
sekali sahaja dan ada juga yang tidak menjanjikan sebarang gantian.
3. Ejen Pembantu Rumah Di Indonesia
- Ini adalah cara yang juga murah. Kebiasaannya nombor ejen di Indonesia
ini diperolehi daripada kawan dan sanak saudara. Ada juga yang dapat nombor
dari internet. Kebiasaanya cara ini ejen Indonesia akan membawa masuk pembantu
rumah melalui pintu masuk Malaysia yang sah dan seterusnya menyerahkan pembantu
rumah kepada majikan beserta dengan pasport pembantu rumah tersebut. Ejen ini
tidak akan menguruskan permohonan untuk mendapatkan permit kerja yang sah
sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada ejen lain (seperti saya yang hanya
menguruskan permit kerja pembantu rumah) atau menyerahkan kepada majikan untuk
mencari ejen yang boleh mendapatkan permit kerja yang sah untuk pembantu rumah
tersebut. Kos untuk cara ini biasanya dalam RM4500-RM6000 bergantung kepada ejen Indonesia tersebut.
- Ada juga ejen Indonesia yang membawa masuk pembantu rumah melalui jalan
belakang (tidak melalui pintu masuk sah Imigresen Malaysia). Dan kemudian
menyerahkan pembantu rumah ini kepada majikan. Pembantu ini ada yang mempunyai
pasport dan ada yang tiada pasport. Walaupun pembantu itu mempunyai pasport tetapi
majikan tidak boleh mendapatkan permit kerja untuk pembantu ini kerana mereka
masuk ke Malaysia secara tidak sah. Mereka ini adalah pendatang tanpa izin
(PATI). Kos menggunakan cara ini adalah sekitar RM1000-RM3000.
4. Cari Sendiri Di Indonesia
- Ini adalah cara yang paling murah. Maksud cari sendiri di Indonesia ini
bukan bermakna majikan perlu pergi sendiri ke Indonesia mencari pembantu rumah.
Namun begitu ada juga majikan yang melakukan perkara ini. Ianya agak leceh dan
menelan kos yang agak tinggi kerana perlu membeli tiket kapal terbang, sewa
hotel, sewa kenderaan dan lain-lain. Sebaliknya apa yang saya maksudkan di sini
adalah, meminta pembantu rumah kawan, saudara atau jiran bertanyakan kepada
saudara mara dan kawan-kawan mereka di kampung sekiranya ada yang mahu datang ke
Malaysia menjadi pembantu rumah. Biasanya majikan perlu mengeluarkan dahulu
wang untuk membuat pasport dan tiket kapal terbang pembantu rumah serta wang
bekal/belanja untuk keluarga pembantu rumah. Mengikut kadar sekarang ini adalah
lebih kurang RM2000-RM3000.
- Majikan perlu mengambil pembantu rumah ini di lapangan terbang atau
pelabuhan. Kemudian majikan perlu mencari ejen untuk menguruskan permit
pembantu rumah tersebut. Sekiranya majikan tidak mahu membuat permit nanti akan
ada masalah sekiranya pembantu ingin pulang bercuti atau pulang terus. Masalah
juga akan timbul sekiranya pembantu rumah ini sakit atau mati. Sekiranya
pembantu rumah ini mempunyai permit yang sah majikan boleh membeli insuran
untuk pembantu rumah tersebut. Sekiranya pembantu rumah ini tidak mempunyai
permit dan dia mahu pulang ke negara asal secara sah, dia akan dikenakan
kompaun yang tinggi kerana tinggal lebih masa di Malaysia. Kompaun ini mungkin
mencecah belasan ribu ringgit sekiranya dia tinggal lama di Malaysia. Majikan
juga mungkin akan turut dikenakan kompaun yang tinggi dan didakwa oleh pihak
Imigresen.
- Jadi adalah lebih baik sekiranya majikan berlaku adil kepada pembantu
rumah tersebut dan mendapatkan permit yang sah untuk pembantu rumah tersebut.
Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau
anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang
tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di
talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.
Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.
pembantu
rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit
pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA,
fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas
rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu
rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay,
maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur,
pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal
fomema