Monday, 11 September 2017

KONTRAK TAMAT - HANTAR PEMBANTU RUMAH PULANG KE NEGARA ASAL




Kebanyakkan pembantu rumah yang datang bekerja di Malaysia adalah terikat dengan kontrak kerja selama 2 tahun. Mereka telah bersetuju untuk bekerja paling minima selama 2 tahun dengan majikan. Kebanyakkan pembantu rumah ini akan pulang ke negara asal selepas tamat tempoh kontrak. Selebihnya ada yang menyambung kerja dengan majikan, ada yang tidak mahu pulang dan menjadi pendatang tanpa izin, ada yang ingin bekerja dengan majikan lain yang menawarkan gaji yang lebih menarik dan ada juga yang berkahwin dengan warga tempatan.

Apa yang majikan perlu buat sekiranya pembantu rumah ingin pulang selepas tamat tempoh kontrak? Perkara ini perlu dilakukan paling lambat 1 minggu sebelum permit tamat dan paling baik 1-3 bulan sebelum permit tamat.

1. Beli tiket kapal terbang atau feri untuk pembantu rumah. Untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah majikan perlu beli lebih awal dari tarikh pembantu ingin balik ke negara asal.


2. Bawa pasport asal dan juga tiket asal kapal terbang atau feri, ke Jabatan Imigresen yang berhampiran.


3. Bawa juga salinan muka depan pasport pembantu rumah, salinan permit, salinan tiket dan salinan kad pengenalan majikan.


4. Pergi ke Jabatan Imigresen dan minta pihak Imigresen batalkan permit pembantu rumah dan keluarkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk pembantu rumah di bawah nama majikan.


5. Pihak Imigresen akan mengeluarkan 3 helai surat Memo Periksa Keluar (Check Out Memo). Satu untuk simpanan majikan dan dua lagi perlu diberikan kepada pembantu rumah semasa di lapangan terbang atau pelabuhan untuk diserahkan kepada kaunter Imigresen.

Selain daripada itu pihak Imigresen juga akan cop 'C.O.M Applied For' di sticker permit terkini seperti contoh di bawah.




6. Majikan perlu pastikan pembantu rumah betul-betul pulang ke negara asal dengan menghantar pembantu tersebut ke pintu keluar yang dipohon (lapangan terbang atau pelabuhan) pada tarikh yang dipohon. Pastikan pembantu rumah melepasi kaunter imigresen. Kerana ada pembantu rumah yang akan buat u-turn dan tidak melalui kaunter imigresen sebaliknya keluar dari lapangan terbang atau pelabuhan sekiranya majikan hanya hantar sampai ke pintu utama lapangan terbang atau pelabuhan.


Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pembantu rumah tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap pembantu rumah berkenaan.

Sekiranya majikan ingin memohon pembantu rumah baru, majikan perlu membatalkan permit pembantu rumah lama dan membayar denda kepada pihak imigresen.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema

APA PERLU BUAT APABILA KONTRAK HAMPIR TAMAT




Hampir semua majikan berharap yang pembantu rumah mereka akan bekerja lebih daripada tempoh kontrak 2 tahun. Ini adalah kerana kos mendapatkan khidmat pembantu rumah yang baru adalah tinggi dan pembantu yang baru ini perlu dilatih semula.

Jadi sebaik-baiknya 3-6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak (2 tahun), majikan hendaklah bertanya kepada pembantu rumah adakah dia ingin terus bekerja selepas tempoh 2 tahun ataupun dia ingin pulang ke negara asal. Sekiranya pembantu ingin terus bekerja kebiasaanya mereka ingin bercuti dahulu selama 1-2 bulan kerana telah 2 tahun mereka tidak berjumpa anak-anak dan suami.

Ramai pembantu rumah ingin terus bekerja dengan majikan kerana mereka telah selesa dengan majikan tetapi terdapat beberapa faktor yang menghalang mereka daripada berbuat demikan.

1. TIADA KENAIKAN GAJI


Majikan tidak menawarkan sebarang kenaikan gaji. Adalah normal bagi majikan tidak menawarkan kenaikan gaji kerana mereka beranggapan bahawa gaji yang diberikan selama ini sudah memadai dan mereka tidak ingin menaikkan kos bulanan. 


2. KENAIKKAN GAJI TERLALU RENDAH

Majikan menawarkan kenaikkan gaji tetapi ianya terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar gaji semasa pembantu rumah. 

Sebagai contoh, semasa majikan ambil pembantu rumah (2 tahun yang lalu) gaji yang ditetapkan adalah RM650 sebulan. Tetapi selepas 2 tahun gaji minima semasa pembantu rumah adalah sekitar RM900-RM1000. Dan majikan hanya menawarkan kenaikkan gaji sebanyak RM100 menjadikan gaji pembantu rumah tersebut RM750. Gaji ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar gaji semasa pembantu rumah. Jadi ianya adalah satu tawaran yang kurang menarik bagi pembantu rumah tersebut.

Majikan perlu ingat yang sekiranya pembantu rumah pulang ke negara asal dan tidak mahu bekerja lagi, majikan terpaksa mencari pembantu rumah yang baru. Kos mendapatkan pembantu rumah yang baru adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos menaikkan gaji pembantu rumah. Contoh:

Kos pembantu rumah yang baru (kontrak 2 tahun) = RM12,000
Purata kos sebulan (kontrak 2 tahun) = RM500


Jadi sekiranya majikan menaikkan gaji sebanyak RM100-300 sebulan ianya masih sangat murah jika dibandingkan dengan kos mendapatkan pembantu rumah yang baru. Majikan juga boleh menawarkan kenaikkan gaji setiap tahun contohnya kenaikkan RM100-200 setiap tahun. 


Selain itu biasanya gaji pembantu rumah yang baru adalah lebih tinggi daripada pembantu rumah lama. Contoh, pada tahun 2014-2016 gaji pembantu adalah sekitar RM700-800 tetapi pada tahun 2017-2019 gaji adalah sekitar RM900-RM1000.


Jadi sekiranya majikan ingin pembantu rumah menyambung kontrak bekerja, majikan hendaklah menawarkan kenaikkan gaji kepada pembantu rumah tersebut. Jangan tunggu pembantu rumah minta kenaikkan kerena sesetengah daripada mereka segan dan tidak mahu untuk menyatakan perkara ini.

3. DESAKAN KELUARGA/SUAMI


Ada pembantu rumah yang tidak mahu sambung kerja dengan majikan disebabkan oleh desakan suami supaya pulang kerana telah 2 tahun tidak pernah pulang berjumpa keluarga. Walaupun mereka ini sebenarnya ingin terus bekerja untuk menyara keluarga di kampung. 


Sekiranya majikan ingin pembantu rumah ini kembali bekerja, mereka hendaklah memberi cuti kepada pembantu selama 1-2 bulan untuk mereka bertemu keluarga.

Majikan juga perlu sambung permit pembantu rumah sebelum mereka bercuti. Walau bagaimanapun terdapat sedikit risiko sekiranya pembantu tidak datang kembali ke Malaysia. Untuk mengurangkan risiko perkara ini terjadi antara perkara yang boleh majikan lakukan adalah dengan :-

a. memegang gaji pembantu rumah (1-2 bulan gaji), gaji ini akan diberi apabila pembantu datang semula bekerja (dengan persetujuan pembantu rumah).


b. memberi kefahaman kepada pembantu yang mana sekiranya beliau tidak datang kembali bekerja setelah habis bercuti majikan terpaksa membuat laporan di imigresen yang akan menyebabkan nama pembantu rumah itu di senarai hitam oleh pihak imigresen (kerana tidak membuat memo periksa keluar atau pembatalan permit) dan pembantu tidak boleh lagi datang bekerja di malaysia selama 5 tahun.


c. menawarkan kenaikan gaji kepada pembantu rumah.


d. menanggung kos penerbangan balik ke negara asal tetapi hanya kos ini hanya dibayar kepada pembantu rumah sekiranya beliau kembali datang bekerja

e. menanggung kos penerbangan datang semula ke Malaysia (jangan beli tiket awal, beli bila pembantu mahu kembali ke Malaysia).

Majikan perlu berbincang dengan pembantu rumah dan mencari jalan supaya kedua-dua pihak tidak akan mengalami kerugian dan menanggung risiko yang seimbang.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema