Saturday 8 April 2017

MAID MURAH - BAGAIMANA CARANYA?


Hubungi saya di talian 019-3844300 untuk mendapatkan permit maid secara JP Visa.


Cara yang paling murah untuk dapatkan pembantu rumah daripada Indonesia adalah dengan mencari sendiri. Terdapat beberapa cara yang majikan boleh lakukan untuk mendapat pembantu rumah. Pertama, dengan bertanyakan kepada pembantu rumah saudara-mara atau kawan-kawan. Minta mereka tanya kepada saudara-mara dan jiran-jiran di kampung sekiranya ada yang berminat untuk datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah. Selain itu sekiranya majikan mempunyai kenalan warga negara Indonesia, boleh juga minta mereka untuk tanya saudara-mara atau jiran-jiran mereka di Indonesia. Juga minta mereka tanya kawan-kawan yang berada di Malaysia sekiranya ada yang berminat untuk jadi pembantu rumah. 

Sekiranya ada, telefon dan temubual dahulu pembantu rumah tersebut. Terangkan tugas-tugas yang perlu beliau lakukan, bagitahu berapa jumlah anak-anak majikan dan umur mereka, terangkan mengenai jumlah gaji dan cara bayaran, terangkan mengenai berapa tempoh minima yang beliau perlu berkerja dengan majikan (kebiasaanya 2 tahun) dan lain-lain perkara yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan tiada kes lari atau kes nak balik Indonesia sebab tak suka majikan.

Cara kedua ialah dengan pergi ke Indonesia sendiri untuk mencari pembantu rumah. Cara ini sebenarnya agak sukar sekiranya majikan tidak mempunyai kenalan di Indonesia. Majikan juga boleh pergi ke Pesantran-pesantren yang banyak terdapat di Indonesia untuk mencari pembantu rumah. Majikan perlu bersedia untuk membayar sagu hati kepada Pesantren-pesantren ini sekiranya ada yang ingin jadi pembantu rumah. Selain itu majikan boleh pergi bercuti ke Indonesia dan kemudian bertanya kepada pekerja hotel, pemandu teksi dan lain-lain untuk mencari orang yang berminat untuk jadi pembantu rumah.

Sebelum buat pasport, saya cadangkan buat dahulu pemeriksaan kesihatan (x-ray, darah, air kencing dan fizikal) di klinik atau hospital di Indonesia untuk memastikan pembantu rumah tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Kos pemeriksaan kesihatan ini di antara RM100-RM300. Setelah didapati pembantu rumah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan barulah minta mereka untuk membuat pasport. Kebiasaannya pembantu rumah yang ingin bekerja tidak mempunyai wang untuk membuat passport, jadi majikan perlu mengeluarkan biaya tersebut. Kos untuk membuat pasport dalam lingkungan RM300-500. Di Indonesia untuk membuat pasport biasanya mereka menggunakan ejen kerana ianya adalah lebih cepat dan mudah.

Setelah dapat pasport, majikan perlu belikan tiket kapal terbang pergi ke Malaysia dan pulang semula ke Indonesia. Untuk tiket pulang, beli tiket yang paling murah ke mana-mana di Indonesia. Majikan juga perlu beri wang sebanyak RM1000-1500 sebagai wang tunjuk. Wang tunjuk ini perlu kerana pihak Imigresen Malaysia biasanya akan bertanya kepada pembantu rumah tersebut berapakah jumlah wang yang dibawa untuk kegunaan di Malaysia. Selain itu pihak Imigresen juga akan tanya tujuan pembantu rumah tersebut datang ke Malaysia. Majikan perlu minta pembantu tersebut untuk menjawab bahawa tujuan dia datang ke Malaysia adalah untuk melawat saudara atau untuk menghadiri majlis/kenduri saudara di Malaysia. Majikan juga boleh menghantar kad jemputan kepada pembantu untuk lebih menyakinkan pihak Imigresen.

Selain wang tunjuk, pembantu juga biasanya akan meminta sedikit wang untuk ditinggalkan pada keluarga. Terpulang kepada majikan berapa jumlah yang mahu diberikan. Cadangan saya maksima satu bulan gaji. Jadi nanti bayaran gaji bulan pertama tidak akan dibayar. Kebiasaannya wang ini akan di ambil daripada wang tunjuk dan dikirim kepada keluarga pembantu rumah di Indonesia setelah beliau sampai di rumah majikan. Baki wang tunjuk itu akan di ambil semula oleh majikan atau sekiranya pembantu ingin menghantar keseluruhan wang tersebut ianya akan di tolak dari gaji pembantu rumah.

 
Majikan perlu tunggu ketibaan pembantu rumah di balai ketibaan. Ini penting kerana ada juga kes yang pembantu telah melepasi pintu Imigresen Malaysia tetapi bila dia keluar dari balai ketibaan, ada ejen yang cuba merekrut pembantu rumah tersebut dengan janji-janji manis dan mereka akan ikut ejen-ejen ini. Jadi pastikan majikan tunggu di balai ketibaan dengan kertas nama pembantu rumah tersebut atau gambar pembantu sekiranya pembantu tersebut tidak pandai membaca.

Sekiranya pembantu tidak dapat melepasi pintu masuk Imigresen, majikan boleh pergi ke dalam bagi menjamin pembantu rumah tersebut. Katakan pembantu rumah tersebut adalah saudara dan dia datang ke Malaysia untuk menghadiri kenduri/majlis keluarga. Kebiasaanya pembantu rumah yang ditahan dari masuk ini adalah kerana mereka tidak pandai menjawab soalan Imigresen sebab masalah bahasa dan ada perasaan takut.


Adalah lebih baik sekiranya pembantu rumah tersebut mempunyai telefon bimbit jadi sekiranya ada sebarang masalah majikan boleh berhubung terus dengan pembantu rumah.

Setelah itu bawa pembantu pulang ke rumah dan langkah seterusnya ialah lakukan pemeriksaan kesihatan saringan kedua sebagaimana FOMEMA di klinik kesihatan yang berdekatan (kos RM100-150). Ini adalah untuk memastikan bahawa pembantu rumah tersebut benar-benar sihat dan tiada sebarang penyakit. Sekiranya pembantu rumah tersebut sihat dan tiada sebarang penyakit, barulah majikan boleh meminta ejen untuk menguruskan permit secara JP Visa.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permit yang sah untuk maid anda, atau anda ingin mendapatkan permit untuk maid yang kedua/ketiga, maid yang tinggal lebih masa, maid yang lebih/kurang umur, sila hubungi saya di talian 019-3844300 atau boleh juga whatsapp saya di nombor yang sama.

Saya juga ada membekal pembantu rumah dari Indonesia. Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 019-3844300.

pembantu rumah, pembantu indonesia, indonesia maid, indonesian maid, permit pembantu rumah, jp visa, calling visa, pembantu rumah indonesia, FOMEMA, fomema checkup, pre-fomema checkup, bibik, kemas rumah, bibik kemas rumah, jaga anak, bibik jaga anak, bibik indon, maid lelaki, pembantu rumah lelaki, maid online, sistem maid online, overstay, maid overstay, maid kedua, pembantu rumah kedua, maid lebih umur, maid kurang umur, pembantu lebih umur, pembantu kurang umur, fomema unsuitable, gagal fomema